Monday 15 October 2012

Kelantan Jadi Pusat Rumah Urut???

Tukang Urut Wanita Yang Ditahan Bersama Pelanggan


KOTA BHARU-Tindakan seorang tukang urut wanita yang menyembunyikan pelanggan lelaki di bawah selimut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, berjaya dihidu anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BRI) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dalam serbuan di sebuah pusat spa, di sini, petang Khamis lalu.
Dalam operasi terbabit, wanita berusia lingkungan 20-an itu pada mulanya tidak mahu membuka pintu bilik yang menempatkan pelanggan itu bersamanya, yang dikunci dari dalam sehingga menyebabkan pihak terbabit terpaksa menunggu hampir 20 minit di luar pintu bilik.
Serbuan yang diketuai oleh Pegawai penguat kuasa MKPB-BRI Inspektor Roslan Yusof, bersama 20 penguat kuasa MPKB dan JHEAIK yang dilakukan hasil risikan dan maklumat awam.
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan, Ramly Che Hussin berkata, dalam operasi yang dilakukan itu, pihaknya turut berjaya menahan wanita berkenaan serta lelaki itu yang sedang mendapatkan perkhidmatan mengurut.
“Kita mengeluarkan tiga kompaun terhadap kesalahan menjalankan operasi spa tanpa lesen, di samping kompaun kepada tukang urut wanita yang tidak menutup aurat di bawah Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 serta menahan pelanggan berkenaan yang diserahkan kepada pihak jabatan agama.
“Aktiviti terbabit merupakan perlakuan yang memalukan dan menjatuhkan moral umat Islam memandangkan wanita itu beragama Islam yang menjalankan perkhidmatan mengurut kepada pelanggan lelaki.
“Pihak kami memandang serius aktiviti seumpama ini dan diharapkan agar peniaga yang menjalankan perniagaan spa, tidak menjalankan aktiviti seumpama ini. Perbuatan ini salah di sisi agama Islam memandangkan agama Islam menyuruh umatnya menjaga batasan perlakuan dengan lelaki bukan muhrim,” katanya.
- SINAR HARIAN

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan