Saturday, 13 October 2012

DS Najib Razak Penyumbang Keamanan Dunia...


Dengan pengumuman perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan
Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), maka penduduk Bangsamoro
akhirnya mampu mengimpikan melihat cahaya di hujung terowong.
Pengumuman berhubung rangka perjanjian itu dibuat berikutan rundingan
peringkat awal antara panel perunding dari kedua-dua pihak yang
diadakan di ibu negara Malaysia pada 2 hingga 7 Okt.

Sebanyak 32 rundingan telah diadakan sebelum kedua-dua pihak dapat
mencapai situasi menang-menang bagi menamatkan 40 tahun penderitaan
yang membawa kepada lebih 120,000 kematian.

Melalui perjanjian ini, sebuah entiti politik akan ditubuhkan di barat
daya Filipina di mana majoriti penduduknya adalah Islam.  Melalui
entiti ini, mereka yang selama ini memegang senjata diharap akan dapat
menumpukan tenaga mereka untuk mengusahakan tanah, menjual hasil
tanaman, mengendalikan berbagai jenis pekerjaan dan membuka peluang
kepada semua golongan untuk hidup bersama.

Secara tidak langsung, ini akan membantu entiti terbabit menjana
pendapatan dan cukai levi bagi pentadbiran.  Selain itu, sistem
mahkamah sivil akan dipertingkatkan dan sistem mahkamah syariah untuk
umat Islam akan diperkembangkan.  Di masa yang sama, kerajaan Filipina
mempunyai kuasa ke atas hal ehwal pertahanan, keselamatan, polisi
asing, polisi kewangan, kewarganegaraan dan sistem pos.

Walaupun Malaysia adalah negara asing yang tidak terlibat dengan
krisis di Filipina, namun tidak salah jika dikatakan bahawa Malaysia
berkongsi kemenangan yang dicapai oleh kedua-dua pihak dalam rundingan
ini.

Dan tidak salah juga jika digelar Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai
arkitek Perjanjian Damai MILF-Filipina berdasarkan komitmen beliau
dalam usaha ini yang bermula sejak 2001 melalui penubuhan Pasukan
Pemantau Antarabangsa.

Pada tahun 2004, Dato’ Seri Najib sendiri menjadi peneraju kepada
Pasukan Pemantau Antarabangsa dalam isu MILF ini.   Dan apabila
menjawat jawatan Perdana Menteri, beliau secara peribadi memastikan
Jabatan Perdana Menteri meningkatkan usaha ini agar matlamat kedamaian
dapat dicapai seberapa segera sehingga akhirnya membawa kepada
perjanjian ini.

Justeru, tidak hairanlah kenapa Dato’ Seri Najib begitu teruja untuk
turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian bersejarah ini.

Dari sudut yang lebih luas, perjanjian ini dilihat sebagai bukti
komitmen Malaysia dalam memperjuangkan keamanan dunia.  Malaysia telah
menempa nama sebagai agen keamanan yang dedikasi dan komited di bawah
naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan
Perjanjian Atlantik Utara (NATO), dan telah berkhidmat dengan
cermerlang dari Somalia hingga ke Balkan.

Malah, sumbangan Malaysia kadangkala lebih daripada luar jangkaan,
contohnya, di Afghanistan, di mana Malaysia memainkan peranan dalam
pemulihan semula sebuah negara dengan menghantar pegawai perubatan
wanita Islam yang amat diperlukan.  Di selatan Thailand pula Malaysia
telah menyatakan kesediaan untuk membantu  pembangunan sosioekonomi di
empat wilayah yang majoritinya penduduk adalah orang Islam.

Dalam usaha memerangi keganasan global pula, Malaysia telah memainkan
peranan aktif dan proaktif dalam memastikan Malaysia tidak menjadi
sama ada sebagai tempat tumpuan dan begitu juga sebagai sebuah pusat
transit untuk operasi pengganas.

Dengan sumbangan Malaysia kepada keamanan dunia serta pengalaman Dato’
Seri Najib dalam menangani isu-isu keamanan, kita yakin yang nama
Malaysia akan terus mengharum sebagai negara yang mempromosi keamanan
melalui tindakan dan bukan retorik atau sekadar ucapan.  Semoga
Malaysia di bawah teraju Dato’ Seri Najib dapat terus mempertingkatkan
usaha yang dimulakan oleh Tun Mahathir Mohamad dalam menjadikan
Malaysia sebagai teladan dalam isu-isu keamanan sekali gus membawa
kemakmuran di rantau ini.


TQ :Beruang Biru

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan