Wednesday 3 October 2012

Menuntut Hak Rakyat Atau Hak Poket Sendiri???


Pagi ini, konvoi R untuk Royalti akan mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Istana Keadilan (Palace of Justice), Putrajaya untuk memberi sokongan kepada plaintif, NGO Royalti Kelantan yang menuntut royalti petroleum Kelantan daripada kerajaan Malaysia.

Selepas habis balak ditebang, projek depu menjadi debu, derma lebuh raya rakyat tiada berkhabar, ladang rakyat menjadi padang lalang, kini royalti petroleum menjadi talian hayat terakhir untuk PAS Kelantan membangunkan negeri.

Yang datang berkumpul tidaklah ramai sangat pun, hanya lebih kurang 200 orang yang hadir untuk meriahkan majlis yang diketuai MB dan orang orangnya. Sedih melihat rakyat Kelantan dipermainkan dan diperbodohkan untuk tujuan kesenangan pihak atasan.

Adakah DEMO ini bertujuan untuk menuntut hak rakyat??? Atau rakyat hanya dipergunakan untuk tuntutan ini??? Rakyat Kelantan perlu sedar bahawa Kerajaan Pusat telah merancang pelbagai sumbangan dan bantuan kepada kita semua.

Untuk rakyat Kelantan, celiklah mata dan bukalah minda anda supaya nampak kebaikan dan keperihatinan Kerajaan Pusat untuk kita. Rakyat Kelantan tidak penah di anaktirikan oleh Kerajaan Pusat malah ditatang berbanding Keraaan Negeri yang hanya menabur janji palsu da terus berbohong pada rakyat.

Renung Renungkanlah...

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan