Friday 5 October 2012

DS Rosmah Mansor Perihatin Pada Kanak Kanak...


Terbukti dan sangat jelas bahawa Kerajaan amat menitikberatkan pembelajaran dan beban yang ditanggung rakyat. Pada pembentangan Bajet 2013 lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan sebanyak RM532 juta untuk diperuntukkan kepada KEMAS bagi tujuan pendidikan. Sebanyak 28 buah Taska Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (PERMATA) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan dibuka menjelang tahun depan.

Di Kuala Selangor, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, "Sehingga kini pusat PERMATA negara telah berkembang dan mempunyai sebanyak 665 buah pusat asuhan di seluruh Malaysia."
"Sebanyak 354 daripada jumlah tersebut merupakan Taska KEMAS PERMATA.Seramai 22, 423 anak- anak telah menerima manfaat daripada penubuhan taska ini.
"Oleh itu, kejayaan yang telah dicapai ini selaras dengan matlamat utama penubuhan PERMATA, iaitu untuk memberi peluang kepada anak-anak di luar bandar dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah, " katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Kanak-kanak Tabika dan Taska PERMATA KEMAS di sini hari ini.

Menurut Rosmah yang juga merangkap Penaung Program PERMATA, hasil kajian yang dilakukan terhadap perkembangan emosi, sahsiah dan sosial anak- anak PERMATA amat menyerlah dan lebih baik daripada kanak-kanak yang lain.

"Mereka (anak-anak PERMATA) telah menunjukkan nilai self-esteem yang tinggi dan telah membuktikan bahawa proses pembelajaran yang menekankan pembinaan hubungan mesra serta kasih sayang antara pendidik dan kanak-kanak telah berjaya mendidik mereka menjadi lebih yakin," katanya.

Selain itu, beliau turut berkata program PERMATA ini mendapat pengiktirafan yang besar oleh kerajaan sebagai kompenan penting di dalam sistem pendidikan di Negara ini.

"Peruntukkan yang begitu besar saban tahun daripada kerajaan jelas membuktikan bahawa kerajaan mengiktiraf pendidikal awal kanak-kanak," katanya
"Selain itu, kerajaan juga telah mencadangkan geran pelancaran RM10 ribu kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECEC) bagi membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti,"katanya.
Sehubungan itu, beliau turut berkata usaha murni untuk menjayakan program PERMATA ini tidak dapat dilaksanakan tanpa sokongan daripada ibubapa dan para pengajar.
"Tidak dinafikan ibubapa memainkan peranan penting dalam membantu pembangunan insan dan pembinaan bilai budaya dan moral anak-anak, begitu juga para pendidik yang banyak membantu dalam mengasuh dan mendidik mereka," katanya.

Diakhir ucapannya, Rosmah berharap agak anak-anak di negara ini dimanfaatkan agar matlamat untuk menyediakan modal insan yang berkualiti, berkreativiti dan berketrampilan akan dapat dilaksanakan tanpa mengira kaum, agama dan keturunan.

"Saya harap agar Taska PERMATA KEMAS dapat di bina di setiap kawasan luar bandar mahupun bandar bagi memanfaatkan anak-anak dengan memulakan permulaan hidup yang terbaik," katanya.

Keperihatinan pihak kerajaan dan Perdana Menteri menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sangat bertuah. Namun masih wujud segelintir manusia yang tidak menyedarinya dan cuba menjatuhkan YAB Perdana Menteri dan isteri...

Renung Renungkanlah...


0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan