Wednesday 17 October 2012

ISU AIR SEMAKIN KRITIKAL DI SELANGOR???



Kerajaan PR Selangor tidak lagi boleh menafikan bahawa negeri itu bakal mengalami krisis bekalan air yang buruk dalam masa terdekat apabila bukti-bukti kukuh mengenai kekurangan air di empangan-empangan didedahkan.   Sebelum ini mereka cuba meremehkan isu tersebut konon mainan politik Barisan Nasional, tetapi nada mereka kemudiannya berubah dan cuba meyakinkan rakyat bahawa mereka punya strategi sendiri untuk menanganinya.


Bagaimanapun, penyelesaian yang dicanangkan kerajaan PR Selangor ini adalah tidak praktikal.  Ini kerana pembenihan awan tidak mampu memastikan seratus peratus kejayaan.   Kalau pun berjaya, ia masih tidak menyelesaikan masalah utama iaitu, bukannya kekurangan air mentah, tetapi bekalan air yang dirawat.  

Begitu juga dengan menggunakan air lombong sebagai penyelesaian kerana air lombong mengandungi logam berat yang tinggi selain bakteria dan mikroorganisma yang membahayakan pengguna.   Logam berat yang amat membimbangkan yang banyak terdapat di dalam air bekas lombong adalah logam arsenik (As).  Arsenik mampu menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah penyakit hati, buah pinggang dan pebagai jenis kanser. 

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan