Kenyataan terbuka bekas Pengerusi DAP Pantai Sepang Putra, R. Vellasamy Rasu yang melabelkan DAP sebagai sebuah parti mafia merupakan satu dakwaan yang agak serius dan tidak boleh dipandang ringan atau diabaikan begitu sahaja.Menurut Vellasamy, DAP sebetulnya bukanlah sebuah parti yang mengamalkan demokrasi sebaliknya lebih kepada parti mafia yang didokong kuat oleh kumpulan gengster yang dipercayai mempunyai hubungan dengan pemimpin tertentu. Jelasnya lagi ahli-ahli bawahan seperti sengaja ditakut-takutkan dengan kehadiran sekumpulan gengster dalam mesyuarat parti dengan demikian setiap keputusan atau tindak tanduk pemimpin atasan akan dituruti tanpa dikritik atau dipersoalkan oleh ahli bawahan.Dakwaan tersebut bagaimanapun sehingga kini belum mendapat ulasanbalas atau penafian dari pihak DAP. Namun jika dikaji dan diimbas semula beberapa peristiwa dan kontroversi sebelum ini, tidak dapat tidak sedikit sebanyak kesahihan dakwaan itu kelihatan ada benarnya.Antaranya ialah isu sensasi melibatkan kematian Teoh Beng Hock (TBH) akibat terjatuh dari bangunan SPRM tidak berapa lama dulu, yang kiranya diteliti dan dikaji besar kemungkinan membabitkan elemen gengsterisme yang didakwa telah menguasai DAP. TBH yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada seorang pemimpin kanan DAP Selangor sebagaimana kita ketahui merupakan saksi penting dalam membantu siasatan SPRM berhubung salah guna kuasa dan rasuah yang dilaporkan membabitkan penyelewengan tender kerajaan negeri untuk kontraktor Bumiputera.Pastinya wujud ketakutan dan kerisauan dalam diri TBH terhadap kemungkinan tindakbalas gengster yang mempunyai kaitan rapat dengan DAP berikutan langkahnya membocorkan maklumat penting penyelewengan yang berlaku kepada SPRM semasa sesi siasatan dijalankan. Berikutan kematian mengejut TBH selaku saksi penting kes tersebut, kesannya menyebabkan siasatan SPRM terpaksa dihentikan dan kes itu gagal diselesaikan, jelas sekali senario itu amat menguntungkan DAP di masa yang sama menyelamatkan imej pemimpinnya dari dikaitkan dengan kes rasuah.Amat tidak logik untuk kita menerima dakwaan karut dan propaganda murahan pemimpin pakatan pembangkang khususnya DAP kononnya kematian TBH disebabkan oleh anggota SPRM. Tidak begitu? Dalam isu lain yang mirip dengan unsur gensterisme, tidak berapa lama dulu juga bekas orang kepercayaan Anwar Ibrahim iaitu Raja Petra Kamarudin pernah mendedahkan serba sedikit kes kematian rakannya, Dato' Patrick Wong yang disyaki mempunyai kaitan rapat dengan skandal perlombongan pasir di Selangor.Selain itu, kita juga sedia maklum kegiatan gengsterisme juga mempunyai hubungan langsung dalam menjaga dan memberi perlindungan untuk pusat maksiat seperti rumah urut, pusat pelacuran, kelab malam dan tempat perjudian tanpa lesen. Seringkali kumpulan gengster atau kongsi gelap tertentu merupakan pihak yang mengaut keuntungan berlipat ganda hasil memberi perlindungan kepada pusat-pusat maksiat, manakala hasil keuntungan pusat maksiat sedemikian acapkali menjadi sumber kewangan bagi menampung keperluan sesebuah organisasi atau pertubuhan politik.Kebetulannya, sejak pasca PRU 2008, negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang yang jatuh kepada pakatan pembangkang yang dikenali sebagai PR, kita dapat lihat wujudnya pertambahan mendadak banyak rumah urut, pub dan pusat judi tanpa lesen di negeri terbabit. Jumlah pusat perlacuran juga meningkat berlipat ganda bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Malah sejak PR berjaya mengumpul kekuatan politiknya hasil tsunami politik 2008, lagak dan pembawaan pemimpin mereka khususnya dari DAP dan PKR amat jelas begitu kuat membela penjenayah. Mereka juga agak aktif menekan, menyerang dan mempertikaikan urusan dan tugasan pihak polis.Impak dari serangan mereka yang bertali arus itu, akibatnya imej pihak polis tercalar dan masyarakat seperti semakin hilang hormat pada pihak keselamatan. Akibatnya dalam tempoh yang sama juga kegiatan jenayah meningkat berkali ganda dan penjenayah semakin berani melakukan kegiatan mereka disebabkan yakin setiap tindak tanduk mereka apastinya mendapat pembelaan dari kalangan pemimpin pembangkang.Jika dilihat pada semua peristiwa dan kontroversi di atas, jelas ada kebenaran dan kesahihan disebalik dakwaan bekas pemimpin DAP R. Vellasamy bersabit kegiatan gengsterisme yang kini telah menguasai DAP sekaligus melayakkannya merangkul gelaran sebagai parti mafia.TQ : Beruang Biru
BILIK GERAKAN UDM TASEK JUNJONG, SUNGAI BAKAP DITUTUP!
-
MAKLUMAT yang baru diterima oleh petugas-petugas PN di PRK Sungai Bakap
yang berada di sana, sudah ada bilik gerakan PN telah ditutup kerana
dikhabarka...
4 months ago
0 comments: