Rasa loya tekak bila teringat cerita OLD TOWN WHITE COFFEE KOPITIAM di saman kerana
pelanggan terjumpa kaki katak yang telah dipotong didalam pinggan mee
yang dipesannya. Kes itu pernah mendapat liputan meluas dahulu sehingga
pengacara tv 999, Mazidul Akmal Sidek mendedahkan dalam blog beliau.
Tapi itulah, yang ada sijil halal hanyalah pada kopinya sahaja bukan
pada makanan yang lain. Maka tidak hairanlah jika tukang masak tidak
diberitahu apa yang sepatutnya menjadi larangan jika bekerja sebagai
tukang masak di Malaysia.
Itu baru kaki katak yang dijumpai belum lagi dengar dari mulut bekas
pekerja premis coffee house ini. Diberitakan yang memasak makanan di Old
Town White Coffee Kopitam bukanlah beragama Islam dan kebersihan juga
meragukan.
Pernah katanya beliau melihat warga asing ini yang bertugas sebagai
tukang masak menggunakan kuali yang sama untuk memasak makan kegemaran
mereka iaitu 'fried pork' atau lebih sopan dipanggil BABI GORENG!
Sebagai pengguna muslim, kita seharusnya lebih berhati-hati dalam memilih tempat menjamu selera. Contohnya, Old Town White Coffee Kopitiam hanya mempunyai sijil halal untuk minuman sahaja. Pengguna pengguna muslim seharusnya memilih tempat yang lebih sesuai iaitu restoran restoran yang mempunyai sijil halal untuk semua minuman dan makanan yang disajikan.
Apakah HALAL sesuatu makanan itu jika bukan babi yang dihidangkan. Tetapi bagaimanakah jika terdapat isi kandungannya diragui status halal iaitu diperbuat daripada unsur babi itu sendiri. Sebagai contoh, jika Nasi Lemak serta menu lain boleh disahkan status HALALnya, bagaimanakah dengan pinggan mangkuknya yang telah dibasuh sekali dengan pinggan mangkuk yang menghidangkan menu HARAM ini tidakkah jatuh hukumnya HARAM jua.
Berhati-hatilah sebelum memilih kedai makan. Kaji dan selidik dulu siapa empunya restoran dan siapa tukang masaknya. Beringat sebelum kena.
Renung Renungkanlah...
1 comments:
You xmau makan xyah makan la, jgn henti org lain!
Ada banyak orang melayu pun kerja kat sana