Thursday 26 September 2013

#PAU2013 : Maznah Mazlan Calon Ketua Wanita UMNO Yang Berkaliber




Calon Ketua Wanita UMNO Malaysia, YB Senator Datuk Maznah Mazlan merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya.Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 10 April 2009. 

Datuk Maznah, 62, yang terlibat dengan pergerakan Wanita Umno sejak 1970-an dan memegang pelbagai jawatan, termasuk Ketua Wanita Bahagian Rompin dan Ketua Wanita Umno Pahang, yakin meskipun keputusan yang diambilnya agak mengejut, beliau masih mempunyai masa untuk berkempen. Malah Datuk Maznah menyerahkan borang pencalonan pada saat-saat akhir iaitu kira-kira 15 minit sebelum tempoh penyerahan borang tamat.

Datuk Maznah turut meminta maaf kerana keputusan untuk bertanding pada saat akhir menyebabkan beliau tidak dapat memaklumkan pemimpin di peringkat pusat dan negeri, dan hanya berbuat demikian setelah borang pencalonannya diterima.

Beliau bakal bertanding merebut jawatan Ketua Wanita Umno, sekali gus bakal mencabar penyandangnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Raihan Sulaiman Palestin yang merupakan ahli seumur hidup menjadikan pertandingan tiga penjuru.

Beliau berharap mereka yang bertanding bagi merebut jawatan dalam parti perlu memastikan tidak menggunakan kata-kata yang akan menggores hati mana-mana pihak dan sentiasa mementingkan semangat persaudaraan, saling menghormati, membantu dan permuafakatan.
Pertandingan merebut jawatan Ketua Wanita Umno dilihat sebagai satu pertandingan dalam keluarga selaras proses transformasi Umno untuk lebih terbuka, termasuk merebut jawatan dalam parti. 

Datuk Maznah mahu semua ahli sayap parti itu bersatu membetulkan persepsi rakyat terhadap dasar perjuangan Umno. Wanita perlu meningkatkan imej yang ada sekarang ke tahap yang lebih dihormati selepas dilanda dengan pelbagai isu sehingga timbulnya pelbagai persepsi negatif daripada masyarakat luar.  Wanita perlu mengenepikan sentimen puak dan bersatu sebagai jentera penerangan kepada rakyat akar umbi menjelaskan keadaan terutamanya membabitkan dasar kerajaan. Pemimpin dan ahli Umno perlu berfikiran terbuka serta menerima kewujudan pertandingan dalam jawatan bagi tujuan memperkasakan lagi parti.

Beliau bakal turun ke seluruh negara bagi memperjelas keputusannya menawarkan diri bagi jawatan itu dan yakin rakan di peringkat akar umbi, bahagian serta negeri akan membantunya.

Lagi Di Sini...

1 comments:

Unknown said...

mak lampir ni gila tamakkn kuasa, sanggup beli perwakilan sbb nak tandingi ketua wanita.
mak sibuk dgn kempen nak menang dgn cara kotor, malangnya anak diluar pula cari harta dgn cara menipu rakan niaga. sangkakalajari9@blogspot.com

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan