Sunday 29 September 2013

"Tajuddin The Pasir Salak Gangster" Seorang Pejuang Melayu???




Dato’ Tajuddin Abdul Rahman, ialah Ahli Parlimen Pasir Salak mempunyai pengalaman yang banyak dalam perjuangan mempertahankan Ketuanan Melayu dan pernah juga ditahan dibawah Akta ISA kerana mempertahankan Melayu.

Beliau adalah salah seorg yang boleh diangkat sebagai pejuang Melayu masa kini yang memperjuangkan Melayu tanpa mengenal erti kepayahan walaupun pernah dikenakan tidakan ISA satu masa dahulu. Juga boleh dikatakan beliau adalah tokoh yang sudah lama berjuang dalam UMNO. Seorang pemimpin yang punyai pengalaman pahit getir dalam menempuh perjalanan politik Melayu. Seorang insan yang punyai visi, misi, tegas untuk menaikkan martabat bangsa Melayu itu sendiri. (Di Sini)

Namun amat menyedihkan apabila ada seorang pemimpin yang tidak perlu disebut namanya disini telah menggunakan blogger upahannya untuk memfitnah dan menjatuhkan beliau. Namun oleh kerana sifat pemaaf yang ada dalam diri Dato' Tajuddin masih lagi ada, maka dimaafkan individu tersebut kerana beliau faham yang tidak semua tahu kisah disebalik segala kemelut.

Mengikut sejarah penglibatan beliau dalam politik UMNO. Penuh onak dan ranjau berduri perlu ditempuhi oleh Dato' Tajuddin. Adat berpolitik yang kawan boleh jadi lawan, yang lawan boleh jadi kawan. Yang penting hak dan kepentingan orang Melayu tidak pernah luntur dari semangat dalam diri beliau. Tetapi ada yang mengelarkan beliau sebagai "Tajuddin The Pasir Salak Gangster".

Sudah namanya perjuangan memang yang sudah tentunya akan sentiasa ada musuh disebelah pihak lain yang tidak senang dengan apa yang kita lakukan dan ianya tidak kiralah di pihak musuh, rakan ataupun keluarga sendiri. Kini beliau diserang lagi dan kali ini penyerang adalah orang yang dikenali dari kalangan pemimpin dalam parti sendiri yang rakus mahu berkuasa walaupun diakui gagal memimpin di kawasan sendiri. Aku tidak menuduh sesiapa tetapi kepada sesiapa yang terasa faham-fahamlah sendiri. Selanjutnya Di Sini...

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan