Tuesday, 22 January 2013

"Serangan Waktu Subuh" Tun M...



Tun M memang antara pemimpin negara yang terbaik diantara yang terbaik di Malaysia malah beliau juga boleh dikatakan dipandang tinggi dimata dunia. Budi & jasa beliau amat tinggi dan terpuji. Patutlah beliau di sanjung & menjadi ikon, rupanya insan bernama Mahathir Bin Mohamad ini seorang yang bijaksana dalam mentadbir negara.


Siapa kenal dia ? Nama beliau ialah Margaret Thatcher. Sepanjang karier beliau, beliau dikejutkan dengan rancangan genius oleh mantan PM kita yang tercinta, Tun Dr Mahathir.
Peristiwa ini masih diingati oleh dunia dan dikenali dengan nama, "Serangan Subuh." Pada september 1981, Tun Dr Mahathir telah menghantar empat orang anak Melayu antaranya ialah Ku Li dan Ghaffar Baba.
Tun Dr Mahathir telah mengarahkan kajian yang begitu teliti dijalankan ke atas undang-undang pelaburan British. Rancangan Tun Dr Mahathir ialah untuk mendapat kembali tiga buah syarikat yang dahulunya milik Malaysia, tetapi telah dirampas oleh British.
Guthrie, Sime Darby dann Golden Hope telah berjaya kembali kepada tangan anak Malaysia, dengan pembelian secara senyap oleh Malaysia ke atas saham British di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari sesiapa.
Apa yang menariknya, kejayaan Tun membawa kembali 3 syarikat ini ke tangan anak Malaysia telah membawa pulangan 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie.
Margeret Thatcher amat bengang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut.
Tapi akhirnya Tun dengan beraninya melaksanakan Dawn Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah.
Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan.

#LISTEN #LISTEN #LISTEN!!! LET ME SPEAK!!!



Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, Presiden Suara Wanita 1Malaysia telah membuat kenyataan media untuk memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan Mahasiswa sendiri.


 TQ : PDTM

Friday, 18 January 2013

Zairil Berdarah Keturunan DAP...


Hakikatnya yang sebenar DAP tahu bahawa Zairil ini adalah berketurunan dan berdarah daging Cina dan bukannya Melayu. Apa yang DAP lakukan adalah untuk mengkaburi mata rakyat Malaysia terutama Melayu dalam pakatan pembangkang bahawa DAP memilih seorang Melayu menjadi Ahli Jawatankuasa Eksekutif pusat DAP. ( Di Sini )
Pendek kata DAP sekali lagi menipu orang Melayu agar Melayu terus menjadi budak suruhan DAP!!! Sebab itulah pimpinan DAP tak menentang perlantikkan sesama bangsa mereka dalam jawatankuasa Eksekutif pusat DAP.


Orang orang lama di Kampung Kancut, ( Di Sini ) Alor Setar memang mengetahui bahawa Pak Khir Johari (Tan Sri Khir Johari) bersama sama Che Tom Abdul Rahman (Puan Sri Kelsom) berkahwin pada 1943 dan Che Tom meninggal pada 20hb September 1994. Umum juga mengetahui bahawa Che Tom dan Pak Khir mempunyai 7 orang anak. Zairil mengumumkan beliau mempunyai 9 adik beradik. Sembilan tolak 7, jadi 2. 

Mana datangnya selebihnya dua orang itu.Selepas peninggalan Che Tom, Pak Khir Johari berkahwin semula dengan Puan Sri Christine Lim (ibu kepada Zairil) pada Februari 1996. Jika Zairil dilahirkan pada 1996 atau 1997, sah dan jelas bahawa Zairil bukan anak kandung Pak Khir? Beliau adalah anak Christine Lim bersama bapak kandung asalnya yang berbangsa China? Atau pun Christine Lim tidak pernah berkahwin dengan sesiapa pun sebelum beliau berkhawin dengan Pak Khir? ( Di Sini )

TQ : PAPA GOMO

#LISTEN #LISTEN #LISTEN!!!...BAWANI AGEN PAKATAN!!!




Jelas, Bawani telah membuat persediaan dalam memberikan hujah-hujah. Mengharapkan penjelasan daripada Puan Sharifah terhadap persoalan yang diajukan adalah seperti meminta penjelasan daripada seorang pakar Matematik tentang Undang-Undang. ( Di Sini )

Apa yang menghairankan adalah publisiti yang diterima Bawani. Dari ucapan yang diberi hinggalah segala komen di Youtube dan juga artikel yang dikeluarkan tentang perkara ini, segalanya boleh Bawani dari seorang hero kepada pelajar yang gagal.

Facebook Bawani menjelaskan pandangan politiknya, itu hak Bawani. Rangkaian komuniti sosial UUM pula menjelaskan minat Bawani terhadap dunia politik, juga hak Bawani. (Di Sini )

Jadi, ini jelas menunjukkan bahawa Bawani adalah penyokong tegar Parti Sosialis Malaysia (PSM).


 #WeAreAllSharifahZohra

TQ : PDTM

AGENDA PEMBANGKANG JATUHKAN ROSMAH




Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan bahawa beliau memiliki cincin seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang. Beliau mengakui bahawa cincin tersebut masuk ke dalam negara ini, tetapi bukan untuk dirinya tetapi bertujuan untuk pameran.
 
"Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya langsung...memang (cincin) masuk tetapi untuk dipamerkan kepada orang yang berduit.

 
"Saya tahu,dia (pembangkang) punya program utama adalah untuk menghentam saya. Tapi saya hanya berserah pada Allah. Biarlah dia nak buat dosa,kita hanya boleh bersabar," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Balu-balu Tentera dan Perasmian Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

TQ : KLPOS


Thursday, 17 January 2013

#LISTEN #LISTEN #LISTEN : BAWANI KAMBING HITAM???

Bawani secara tidak sedar sebenarnya telah dijadikan kambing hitam untuk menyelamatkan Himpunan Kebangkitan Rakyat Tidak Cerdik #KL112 yang telah gagal sepenuhnya. ( Di Sini )

Kecoh betul cerita #LISTEN #LISTEN #LISTEN ni. Boleh dikatakan semua orang menyalahkan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin yang kononnya menghalang Mahasiswa untuk bersuara. ( Di Sini )

Buktinya, cerita #LISTEN #LISTEN #LISTEN telah disensasikan sepenuhnya oleh semua media puak pakatan pembangkang selepas HKR #KL112 kerana mereka sudah tidak mampu dan tidak tahu bagaimana untuk menulis tentang himpunan tersebut yang ternyata amat gagal dan memalukan mereka.

 #WeAreAllSharifahZohra
TQ : PDTM

Wednesday, 2 January 2013

PANAS!!! MESTI BACA!!! Bukan Hendak Menghentam...Cuma Nak Kan Pencerahan...


Cerita Lanjut  ( Di Sini )

Cerita Lanjut ( Di Sini )

 Cerita Lanjut ( Di Sini )

Bukan niat menghentam atau mengorek kesalahan sesiapa. Tak kisahlah saya ni blogger baru ke lama ke yang penting saya prihatin dengan telatah agensi kerajaan terutama yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Artikel saya cuma minta pencerahan berkenaan kerjasama akrab antara BTN dan ABIM dalam penganjuran beberapa program yang menelan belanja RM73,000 untuk lima program latihan di Sabah. Kenapa perlu diberikan peruntukan sebanyak itu kepada ABIM Sabah sahaja? ( Di Sini )

Renung Renungkanlah...


◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan