Sunday, 2 December 2012

Melayu Kan Gagah Di Nusantara



Sebagai anak Melayu...Jangan kita biarkan hingga ianya dilupakan...



Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya

Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini

Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam

Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa

Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa

Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara


Melayu kan gagah di nusantara

Thursday, 22 November 2012

Azhar Sulaiman Jelaskan Maksud Tersirat


"Kenyataan saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu 'Nik Aziz dakwa Umno murtad'."

Begitulah penjelasan yang diberikan oleh aktor terkenal, Azhar Sulaiman, berhubung kenyataan mengenai dirinya kerana menjadi ahli Umno.

Bagaimanapun Azhar menjelaskan, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik. Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.
Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno.

"Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?


"Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu," katanya kepada Sinar Harian di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Azhar berkata, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik. Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.

Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu.

"Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan," katanya.

Dari apa yang diperjelaskan oleh Azhar, ternyata sikap Azhar yang begitu berani berhadapan dengan kenyataan berbanding sesetengah pihak.
Saya menyokong penuh tindakan Azhar yang telus ini.

Renung Renungkanlah...

Isu UMNO Murtad : Nik Aziz Cuba Alih Perhatian???




Ingat sahabat semua, jangan kita terpedaya dengan taktik bodoh mereka untuk menutup keberukan kroni mereka. Kita harus tegakkan kebenaran dan buktikan kepada semua umat islam betapa kejinya perbuatan mereka.(Di Sini )

Selain itu, mereka sengaja berbuat demikian untuk menutup cerita NURUL IZZAH ANWAR IBRAHIM yang menghalalkan orang melayu Islam menukar agama.

Mereka sudah tidak mampu menjawab kerana takut kehilangan undi sekaligus melenyapkan impian mereka untuk berkuasa dan bermewah-mewah.

Mereka sanggup menjual Agama dan Bangsa sendiri untuk kepentingan diri dan kroni.


Siapa yang nak menafikan perkara ini?.. jika ada berikan sekali bukti tentang betapa seriusnya PAS mempertahankan Agama dan buktikan kebenaran kata Nurul Izzah tentang kebebasan memlilih agama...

Jangan ingat dengan merepek dan merapu sebegitu mereka boleh menutup kisah NURUL IZZAH MURTAD ini... (Di Sini )

TQ : PDTM


Wednesday, 21 November 2012

Penceramah Pas Di Soal Siasat




"Saya akan serahkan telefon saya esok," katanya lagi.Wan Ji menulis di FB berkenaan dengan isu kebebasan bersuara.

"Saya juga ada memberitahu pihak polis bahawa saya juga bersedia untuk menghadap Sultan Selangor untuk memberi penjelasan jika diberi perkenan," katanya yang hadir di balai polis seorang diri tanpa ditemani peguam.

Wan Ji berkata, beliau telah diminta menyerahkan telefon yang digunakan untuk memuat naik komennya. ( Di Sini )

Tuesday, 20 November 2012

PAS Kena Tipu Lagi : Kita Tengok Siapa Yang Kena...


Gambar Sekadar Hiasan

Betullah kata beberapa orang pemerhati politik yang menghadiri Muktamar PAS di PUTIK Pengkalan Chepa tempoh hari katanya, saranan PAS untuk meletakkan Hadi sebagai calon PM seumpama menyuruh Hadi melangkah mayat Anwar.(  Di Sini )

Sebagaimana PAS tak berani untuk melangkah mayat Karpal Singh ketika kecoh isu negera Islam suatu ketika dulu, sama saja kini PAS mahupun Hadi tidak mungkin berani menonjolkan kejantanannya bila timbul isu calon PM yang sudah lama menjadi buruan peribadi Anwar Ibrahim.


"Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam," demikian kata Lim Kit Siang tanpa sedikitpun rasa segan dengan para pemimpin PAS yang menjadi tuan rumah bagi majlis himpunan itu beberapa malam lepas.


Hanya berselang beberapa puluh jam sahaja, tembelang propaganda PAS pecah. Lagi mengharukan pengumuman oleh Lim Kit Siang itu dibuat dihadapan ribuan penyokong PAS dan di kubu kuat PAS sendiri. Mana Hadi nak letak muka? ( Di Sini )


Tak perlu pemimpin BN bersuara mempersoalkan atau mempertikaikan kesungguhan PAS untuk menobatkan Presidennya sebagai calon PM, sebaliknya Pengerusi DAP sendiri yang dengan selambanya menolak hadi jatuh terduduk dan malu sendiri.


TQ : PDTM

Tuah Badan Bau Masam...




Zuraida yang terkenal dengan bau badan yang masam di kalangan orang-orang PKR telah dipilih oleh PKR untuk menjadi calon mereka di Ampang dalam PRU ke 13 memandangkan pada waktu itu tidak ramai orang-orang PKR yang berminat untuk jadi calon. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Zuraida menang di Ampang dan dalam masa yang sama PKR berjaya membentuk kerajaan di Selangor. (Di Sini )

Penglibatannya dalam PKR bermula selepas dia menyertai sebuah pertubuhan pro pembangkang yang dikenali sebagai Gerakan Mansuhkan ISA. Hasil pergaulan dan perkenalan beliau dengan orang-orang pembangkang dalam pertubuhan itu membawa beliau menyertai PKR. Kebetulan pada masa itu PKR berada dalam keadaan hidup segan mati tak mahu dan tidak ramai orang yang sanggup menerima jawatan -jawatan dalam parti. Kesempatan itu di ambil oleh Zuraida untuk menonjolkan dirinya dengan suara-suara lantangnya yang akhirnya membawa beliau berjaya memegang jawatan Ketua Wanita PKR.

TQ :  JAWA BERNAM

Monday, 19 November 2012

JAWATAN KOSONG : TUKANG URUT WANITA




Cuba tuan-puan lihat gaji tawaran... munasabah ke hanya dengan urut kaki di tambah lagi dengan persaingan sengit rumah urut kaki ni ditambah pula dengan kos sewa dan api air kedai ... berbaloikah atau cukupkah tauke kedai ni nak bayar gaji ?... itu baru seorang pekerja... kalu 3 orang?.. ( Klik Di Sini )

TQ : PDTM
◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan