Saturday 16 February 2013

Harun Din Di Maki Kerana Kalimah Allah???



Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sekali lagi menyuarakan tentangannya terhadap cadangan rakan komponen DAP untuk menterjemah perkataan 'God' kepada kalimah Allah dalam kitab Bible Kristian di Semenanjung.  Ini merupakan penegasan kali kedua dibuat oleh Haron selepas Majlis Syura Ulama PAS mengeluarkan ketetapan melarang kalimah Allah diterjemah pada 13 Januari lalu. 


Dalam ceramahnya di sebuah masjid di Taiping baru-baru ini, Haron berkata beliau menerima ugutan dan maki hamun daripada pihak-pihak tertentu bersabit pendiriannya yang menentang sikap ambil mudah sesetengah umat Islam mempertahankan kalimah Allah. 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan bahawa Pakatan Rakyat berpegang kepada konsensus yang membenarkan orang Kristian menterjemah kalimah Allah asalkan ia tidak disalahgunakan.
 
Pengumuman tersebut dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan veteran DAP Lim Kit Siang dan Anwar seminggu sebelum Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan menyanggah pendirian Pakatan Rakyat. 
Haron berkata belum pun kalimah Allah diterjemah dalam Bible, banyak kes murtad telah dicatatkan di negara ini. Beliau mendakwa terdapat sesetengah pihak yang tidak berfikir panjang yang hanya ingin memenuhi tuntutan politik semata-mata.

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan