Friday 8 February 2013

Rakyat Kelantan Berkonvoi Bantah Kerajaan Negeri


Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini mengadakan konvoi jelajah dari Kota Bharu ke Gua Musang sebagai membantah tindakan kerajaan Kelantan pimpinan PAS yang didakwa merampas tanah rakyat di Hulu Kelantan atas nama pembangunan Ladang Rakyat.
Konvoi yang bermula dari Kota Bharu pada 7.30 pagi dan berakhir di Kampung Lalang, Kuala Betis, turut disertai 2,000 peserta terdiri daripada anggota Perkasa dan rakyat Kelantan dengan 457 kereta.

Peserta konvoi yang tiba pada 3 petang, turut disambut penduduk kampung yang sebahagiannya merupakan masyarakat Orang Asli yang terharu dengan keprihatinan  PERKASA yang memperjuangkan nasib mereka.

Peserta termasuk penduduk kampung turut mengadakan demonstrasi secara  aman dan membawa sepanduk mengecam tindakan kerajaan negeri berhubung pengambilan tanah oleh Perbadanan Ladang Rakyat yang disifatkan menindas hak penduduk.


PERKASA yang diketuai Presidennya Datuk Ibrahim Ali kemudiannya turut
melancarkan kaji selidik bagi mengetahui tahap kepuasan hati rakyat terhadap
pentadbiran kerajaan negeri. "Cerita kerajaan rampas tanah serah kepada Ladang Rakyat dan gadai kepada syarikat luar berpuluh tahun, ini bukan satu fitnah atau rekaan. Perkasa bawa
mereka untuk lihat sendiri (keadaan sebenar). Cerita sudah lama dan keadaan
sudah memuncak,"

Turut hadir, Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali. Menurut  Ibrahim, peneroka di kawasan tersebut telah melalui pelbagai rintangan ketika mula-mula meneroka tanah di kawasan tersebut, namun segala usaha tersebut seolah tidak dihargai kerajaan negeri yang merampas tanah mereka untuk pembangunan Ladang Rakyat.
"Tanah ini dahulunya rakyat teroka untuk buka ladang ... membanting tulang untuk teroka tanah. Tak mudah untuk meneroka tanah, tetapi inilah yang mereka dapat.
"Wajar sangat rakyat bangkit bersatu untuk menyuarakan pandangan (berhubung isu Ladang Rakyat). Cara yang terbaik ialah kita tukar kerajaan (pada pilihan raya umum nanti),".


Datuk Ibrahim Ali berkata bukan sahaja peneroka yang menerima nasib buruk, malah penduduk Orang Asli turut tidak terkecuali selepas ekosistem semulajadi di kawasan tersebut turut tercemar, sekali gus menjejaskan punca pendapatan mereka.
"Sebenarnya di Kelantan, tanah Orang Asli dahulu telah digazet. Kalau nak ambil tanah baharu boleh diwartakan dulu... ada peruntukan. Bagaimanapun undang-undang itu sudah dimansuh dan digazet kembali dengan undang-undang baru,"

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan