Saturday 16 February 2013

Masalah Air Di Selangor Tiada Kaitan Dengan SYABAS???



Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) tidak pernah menghadapi sebarang masalah dalam menyediakan perkhidmatan bekalan air terawat buat rakyat di Negeri sepanjang pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) satu ketika dahulu.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Dato' Sri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) sewajarnya mengambil inisiatif bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam menangani masalah bekalan air yang kian kritikal.

"Saya fikir tentang isu air terawat ini, SYABAS sudah wujud lama dan kenapa masalah air ini timbul?

"Soal bekalan air terawat ini memerlukan kerjasama penuh di antara Kerajaan Negeri dan Pusat," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media bersempenan Pelancara Gerakan Sahabat Sayangi Malaysia (GASSM) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini malam tadi.

Turut hadir termasuklah Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz. Beliau turut menegaskan, isu pembinaan Projek Langat 2 tidak sewajarnya menjadi masalah utama menidakkan kerjasama ini sudah pasti mampu menyelesaikan masalah air hasil usahasama Kerajaan Negeri dan Pusat.

"Kerjasama ini untuk memberi kuasa perintah pembangunan untuk mengurus Langat 2, itu pun menjadi satu pekara yang amat perit untuk dilakukan." katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan kerjasama dari pelbagai pihak termasuklah melibatkan mana-mana Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dalam memastikan Kerajaan Negeri dapat dirampas kembali agar jaminan kebajikan rakyat dapat dilaksanakan lebih tersusun di bawah pentadbiran BN.

Untuk rekod, GASSM merupakan sebuah NGO yang bertujuan membantu didalam bidang pendidikan anak-anak ahli-ahli sehingga mencapai tahap yang tertinggi.

NGO ini juga membantu semua golongan masayarakat tak kira tua atau muda supaya memahami dan menghayati tentang kebenaran dan menentang kebathilan melalui sesi penerangan, forum dan dialog.

SUMBER : KLPos

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan