Monday 6 August 2012

Kekalahan Bermaruah

 

"Maafkan saya, saya tahu rakyat Malaysia kecewa. Saya sudah melakukan yang terbaik," Datuk Lee Chong Wei berkata selepas gagal untuk memenangi pingat emas bagi Sukan Olimpik setelah tewas buat kali kedua kepada musuh tradisinya, Lin Dan pada perlawanan akhir di Arena Wembley, semalam.
Beliau seakan kesal dengan kekalahan semalam, namun kekalah yang terjadi semalam boleh dianggap "BERMARUAH".

 

Hal itu sendiri diakui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kekalahan pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei kepada musuh tradisinya Lin Dan sebagai bermaruah kerana beliau telah menunjukkan semangat juang dan komitmen yang tinggi.
Perdana Menteri berkata lagi, rakyat Malaysia harus berbangga dengan usaha dan corak permainan yang ditunjukkan Chong Wei sebelum tewas dengan dua mata pada set ketiga dalam perlawanan akhir perseorangan badminton di temasya Olimpik London. 

 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengulas mengenai hal ini juaga berpendapat yang sama, Chong Wei telah menunjukkan semangat juang dan kesungguhan yang tinggi dalam usaha mendapatkan pingat emas pertama untuk Malaysia dalam temasya Sukan Olimpik.
"Mungkin nasib tidak menyebelahi Chong Wei,tetapi apa-apa pun kita ucapkan tahniah dan saya kira beliau telah bermain bermati-matian dan bersungguh-sungguh.
"Saya dapat menyaksikan sendiri begitu hebat persaingan itu dan Chong Wei telah bersedia, namun begitu dalam mana-mana pertandingan ada kalah dan ada menang," katanya.



Chong Wei akui yang rezekinya pada kali ini hanya untuk mendapat pingat Perak dan dia terima seadanya. Mungkin ramai yang kecewa dengan kekalahan semalam namun kita perlu redha dah memang tidak ada rezeki untuk kita pada kali ini. Sekecewa mana kita sebabgai penyokong dan pennton, kita harus mendalami perasaan pemain itu sendiri yang lebih merasa peritnya menghadapi kekalahan itu.
Jadi.. tidak perlulah kita meletakkan kesalahan kepada Chong Wei diatas kekalahan ini.

Renung Renungkanlah...

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan