Monday 15 July 2013

PRK N1 Kuala Besut : Che Long Bawa Imej Buruk Kepada Pas???



Rupa-rupanya juga PRK Kuala Besut ini makin mendedahkan wajah busuk PAS yang selama ini terselindung disebalik ucapan retorik dan topeng Islam terutamanya PAS Besut sendiri kerana perbalahan peribadi antara Nik Zawawi bekas calon dan ADUN Kuala Besut  tahun 1999 dengan Wan Azhar YDP PAS Besut yang juga bekas calon di Jertih menyebabkan PAS akhirnya menjadikan Endut@Azlan@Che Long sebagai calon yang membawa harapan PAS untuk menawan Kuala Besut. 

Endut@Azlan@Che Long sebagai Bendahari PAS Besut yang terpilih rupa-rupanya mempunyai strategi dan plan politik beliau tersendiri dan sebagai kontaraktor, jiwa rakus dan gelojoh tidak boleh dipisahkan walaupun telah ditarbiah oleh PAS sejak meninggalkan Pemuda UMNO dulu malah kenyataan awal beliau yang mensyaratkan supaya pemilihannya harus dikuti dengan perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah Jentera PRK Kuala Besut mengejutkan banyak pihak di dalam PAS. 


Seolah-olah semua masalah rakyat Kuala Besut boleh diselesaikan dengan kekayaan milik Che Long. dan PAS terlupa kepada pesan Saidina Ali ketika ditanya antara ilmu dengan harta mana lebih baik? Ali menjawab ilmu, kerana harta jika dibelanja ianya makin habis,sebaliknya ilmu bila dibelanja makin bertambah; dan kita tidak mahu rakyat Kuala Besut  lali serta terlupa bahawa jika Che Long menang, yang akan menjadi kuat dan berkuasa k eatas Che Long sebenarnya bukan PAS tetapi Husam Musa.

Kini penyokong PAS Besut dan Terengganu boleh menilai apakah Che Long sekarang menjadi alat untuk Husam menyerang Presiden  PAS  dalam  Muktamar PAS  nanti?Semuanya ini bergantung kepada keputusan yang bakal dibuat oleh rakyat Kuala Besut dan jika memberi kemenangan kepada PAS dan akhirnya Presiden  Hadi Awang di serang nanti,,jangan salahkan PAS Terengganu kerana semuanya bermula dari gerakan Che Long di Kuala Besut ini. Seterusnya Di Sini...

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan