Wednesday 8 May 2013

Pakatan Pembangkang Di Nasihatkan Hormat Setiap Kaum Di Malaysia...





Akhbar cina terlalu kerap memainkan sentimen perkauman menyebabkan masyarakat Malaysia berpecah belah sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Pakatan pembangkang terutama DAP dinasihatkan untuk menghentikan dari memainkan isu perkauman terutama di laman sosial bagi menghormati setiap kaum di Malaysia.

Presiden Nadi Rakyat Malaysia, Rafi Awg Kechik hari ini membuat laporan polis berhubung penahanan individu yang dikatakan Papagomo. Penahanan individu yang dikatakan Papagomo memang tidak patut dilakukan oleh pihak berkuasa kerana terdapat ramai lagi individu yang dikenal pasti menghasut rakyat Malaysia untuk membenci kerajaan Malaysia.
Tafsiran Nadi Rakyat berhubung penulisan Papagomo melalui twitternya tidaklah seteruk kenyataan, tulisan dan perbuatan yang dilakukan secara provokasi dan bertentangan dengan prinsip perlembagaan.

Pihak polis perlu bersikap adil terhadap semua terutama laporan polis terdahulu yang mana kenyataan-kenyataan individu tertentu yang berbaur fitnah perlu disiasat oleh pihak polis.
Presiden Nadi Rakyat itu turut mendesak pihak polis supaya menahan individu yang menimbulkan ketegangan melalui penulisan, perkataan dan menimbulkan kekecohan dengan perhimpunan haram kerana ia boleh menjurus kepada ketidakstabilan dan ketakutan kepada rakyat malah akan memberi kesan kepada ekonomi negara.
Beliau turut menyarankan supaya rakyat Malaysia bersatu dalam memastikan negara Malaysia dapat ditadbir dengan sempurna melalui mandat yang telah diberi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

"Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita berdiri teguh di belakang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di dalam mencapai cabaran semasa dan percayalah Perdana Menteri mempunyai kebijaksanaan di dalam menyelesaikan apa juga isu dengan penuh hikmah,"  Akhir kata dari Presiden Nadi Rakyat...

Renung Renungkanlah...

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan