Monday 27 May 2013

Sedarkah PM??? Red Bean Army Diupah Untuk Tumbangkan Kerajaan...



Pendedahan demi pendedahan telah dibuat melalui pelbagai tulisan, tetapi tidak ada siapa yang melihat ini sebagai sesuatu yang serius sehinggalah kesannya sama-sama boleh dilihat melalui keputusan PRU13 baru-baru  ini dan jika benar perkara ini PM Najib baru tahu, amat malanglah kepada beliau kerana kegagalan pasukan risikannya yang gagal melaporkan tentang aktiviti `team' yang dibiayai jutaan ringgit oleh pembangkang ini. ( Di Sini )

Red Bean Army tiba-tiba menjadi tersohor dan gah dengan kejayaan mereka yang hampir menumbangkan kerajaan BN melalui PRU13 dengan kempen hasutan mereka dan kejayaan mereka menggerakkan gerakan telah menidakkan kemenangan 2/3  BN di Parlimen dan terus cuba menghasut rakyat menjatuhkan BN melalui gerakan jalanan dan dalam pada itu,apakah tidak ada pihak yang kini tersenyum sendiri kerana beban kesalahan dan kegagalan mereka kini telah diletakkan sepenuhnya kepada  Red Bean Army.


Hakikat ini menjadikan seakan-akan pelik tapi benar bahawa adakah betul kerajaan baru tahu tentang kewujudan kumpulan pengkhianat ini atau sudah tahu tapi menjadi perkara remeh untuk diambil tahu oleh kerajaan dan pelbagai pihak lagi sedangkan segala gerakan untuk mengkhianati Negara telah pun didedah ataupun ditulis oleh bloger-bloger pro kerajaan secara percuma dan tidak dibayar seperti bayaran yang diterima oleh Red Bean Army itu yang diupah untuk menumbangkan kerajaan.

Jika kita mengharapkan Gerakan Red Bean Army  disekat melalui tindakan undang-undang, akan lahir lagi ribuan Red Bean Army menentang kerajaan kerana mereka mempunyai dana kewangan yang mencukupi  apatah lagi dengan sokongan Luar Negara yang mereka terima. ( Di Sini )



0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan