Sesekali dapat pulang ke kampung memang seronok. Negeri kelahiran saya Negeri Serendah Sekebun Bunga Negeri Kelantan memang selalu saya rindui. Walaupun cuti agak terhad dan peluang untuk berada di kampung tidaklah lama, namun saya manfaatkan dengan mengisi setiap masa untuk mengikuti setiap perkembangan yang berlaku di Kelantan.
Semalam, 2 November 2012 saya mendapat info yang Mesyuarat Agung PERKASA Peringkat Negeri Kelantan berlangsung di Dewan Perkumpulan Perempuan Kelantan (PPK) Kota Bharu. Saya memang teringin bertemu dengan Presiden PERKASA yang saya anggap seorang Pembela dan Pejuang Melayu yang hebat iaitu Dato Paduka Ibrahim Ali. Sudah lama saya ingin bertemu dengan beliau secara lebih dekat dan inilah peluang saya.
Jadi, tidak salah jika saya menyertai program tersebut. Dan tujuan utama saya adalah hendak mengikuti perkembangan pergerakan PERKASA yang sebelum ini saya tahu sangat hebat membela nasib Melayu. Ternyata sangkaan saya tepat dan jelas bahawa PERKASA adalah sebuah pertubuhan yang hebat dan ahli ahlinya sangat bersemangat Kemelayuan dan Keperwiraan. Dan yang paling saya kagum adalah Presiden PERKASA itu sendiri yang sangat di senangi dan di sayangi setiap ahli.
Dari perbualan saya dengan Ketua Wira PERKASA Kelantan Encik Azman Yazid, kehadiran pada kali ini adalah diluar jangkaan. Pihak mereka menyediakan 1000 kerusi di dalam dewan tetapi kehadiran adalah melebihi dari 1000 orang sehinggakan ada yang berdiri dan duduk di atas tikar. Di anggarkan lebih kurang 2000 lebih ahli yang hadir dalam perjumpaan tersebut termasuk konvoi bermotor. Dan 70% daripadanya adalah kaum hawa.
Saya juga berkesempatan bersembang dengan YDP PERKASA Negeri Kelantan Tuan Hj. Fauzi Mohamed. Menurut Tuan Hj. Fauzi, ini merupakan tahun pertama beliau memegang jawatan sebagai YDP PERKASA Negeri. Beliau amat kagum dengan kepimpinan Presiden PERKASA yang sememangnya layak dan beliau sendiri mengakui bahawa Dato Ibrahim Ali adalah seorang Perwira bagi anak Melayu kerana bukan ramai anak Melayu yang berani dan bersemangat mempertahankan hak dan nasib anak Melayu masa kini.
Majlis itu dirasmikan oleh Leftenan Jeneral (B) Datuk Salleh Ismail selaku Ahli Dewan Tertinggi PERKASA. Dan tetamu tetamu kehormat pula ialah antaranya Mantan YDP PERKASA Negeri, Sdr. Sibri Ismail, Dato Musatapa Yaakub Timbalan YDP Negeri, Dato Muhamad Ghani Presiden PBTM, Datuk Mustopha Ahmed Pengerusi PERKASA Kota Bharu, dan Pengerusi Pengerusi setiap daerah.
Majlis di serikan lagi dengan kehadiran Presiden PERKASA iaitu Dato Paduka Ibraim Ali.
Dato Him juga ada mengingatkan bahawa beliau berjuang bukan untuk melawan TGNA Nik Aziz dan bukan kerana tidak sayangkan TGNA, tetapi beliau lebih sayangkan anak anak Melayu dan rakyat Kelantan supaya dapat keluar dari kepompong PASyang sudah lebih 22 tahun rakyat Kelantan menerima nasib dari kepimpinan PAS.
Dalam ucapan YDP PERKASA, Tuan HJ. Fauzi pula, beliau menyeru kepada ahli bahawa kita perlu menilidengan lebih bijak pada PRU 13 nanti dan harus kita kaji dan ingat semula apa jani yang ditaburi PAS bermula dari hari pertama mereka mengambil alih pemerintahn Negeri Kelantan. Semua janji hanya tinggal janji.
Fokus perjuang PERKASA ialah menyedarkan rakyat bahawa Kelantan sudah banyak ketinggalan dalam pelbagai asapek termasuk ekonomi dan taraf kehidupan masyarat kita. Perjuangan yang dibawa PERKASA adalah perjuangan memperkasakan dan mempertahankan hak Melayu.
Perjuangan PERKASA adalah berlandaskan Agama Islam dan hak hak orang Melayu.
Jadi, kita harus menyokong dan menjadi antara pendorong perjuangan suci ini...
Renung Renungkanlah...
0 comments: