Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini melabel parti dominan Melayu itu sebagai murtad kerana menolak Islam parti tersebut.
Veteran PAS itu turut menegaskan, tanpa mengira mana-mana pihak termasuk Umno sekalipun, jika menolak dan memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup.
"Tak kira siapa pun, tak kira kalau tok guru sekalipun, kalau murtad...murtad lah.
"Usahkan Umno, tok guru berserban, berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan cara ... hati dia betul, Islam tak guna ... dia murtad walaupun tidak ada mufti beritahu, tapi kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak guna ... dia murtad," katanya kepada pemberita.
"Umno tolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam. Dia buang Islam, macam lekehkan benda salah ... macam ubat habis tempoh dia buang.
Jadi bila Umno buang (Islam), agama apa Umno tu?" kata Nik Aziz (gambar) ketika Muktamar Tahunan PAS ke-58 di Pusat Tarbyiah Islamyiah Kelantan (Putik) hari ini.
Ketika ditanya samaada adakah Umno telah memperlekehkan Islam sehingga layak dilabel sebagai murtad, Menteri Besar Kelantan itu berkata,"tak lekeh apa dia buang Islam."
Nik Aziz turut menegaskan, gejala murtad yang berlaku bukanlah hasutan daripada paderi Kristian seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya ia merupakan kelemahan masyarakat Melayu sendiri kerana menolak Islam.
"Murtad ini bukan (hasutan) daripada paderi Kristian, tapi daripada orang Melayu sendiri yang tolak Islam, (maknanya) yang tolak Islam dia murtad.
"Agama apa Umno pakai? bila Umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka (adakah) Umno sama ada Kristian, Buddha atau tak ada agama?" katanya lagi.
Diminta penjelasan sama ada beliau menjatuhkan hukum murtad kepada Umno selepas mendakwa parti itu memperlekehkan Islam, Nik Aziz berkata ianya merupakan soal akidah dan tindakan Umno yang dakwanya menolak Islam turut memberikan kesan kepada kedudukan Islam itu sendiri.
"Ini hal akidah, akidah salah ... bila Umno tolak Islam, apa taraf Islam? takkan nak biar?" soalnya lagi
Beliau turut berkata PAS adalah serpihan Umno yang meninggalkan parti tersebut kerana Umno sendiri menolak golongan ulama mereka.
"Umno tolak, tolak alim ulama dia sendiri ... jadi sekarang Umno pelawa PAS membela Islam ... alim ulama sendiri kamu tolak, mana boleh nak terima ulama kami. Ini logiknya.
"Jadi kalau ajak kami nak jaga Islam, yang ulama kamu sendiri kamu tolak usahkan nak terima ulama aku," tegas Nik Aziz.
TQ : MI
0 comments: