-
Doa keburukan kepada sesama Islam dilarang oleh syariat dan juga pandangan
orang yang ada akal kewarasan.
-
Oleh itu menggunakan program solat hajat yang dihadiri ribuan umat Islam tidak
wajar dijadikan tempat melepaskan kemarahan politik.
-
Begitu juga meniup semangat kebencian berdasarkan fitnah bahawa parti UMNO BN
menjual negara ini juga tidak boleh diterima oleh sesiapa.
-
Bagaimana andaikata UMNO juga membuat solat hajat mengutuk agar dihancurkan PAS
seperti doa yang mereka buat semasa solat hajat di Stadium Sultan Muhammad Kota
Bharu dua hari yang lalu ?
-
Paling penting di dalam Islam berdasarkan akhlak Nabi kita tidak pernah temui
sebarang contoh Nabi mendoakan kehancuran kepada musuh-musuhnya bahkan musuh
baginda didoakan agar menerima hidayah memeluk Islam.
-
Ia berlaku semasa kisah Nabi mendoakan Umar Al-Khattab yang akhirnya membawa
kepada pengislaman beliau selepas mendapat hidayat dari Allah Taala.
-
Begitu juga di saat Nabi diberi tawaran agar menghancurkan kota Taif yang
menolak seruan baginda, namun ia dijawab dengan baik dengan kata dan doa agar
zuriat penduduk tersebut akan lahir dan menjadi umat manusia yang beriman
kepada Allah.
-
Terbukti akhirnya penduduk Taif menjadi orang Islam yang kekal hingga ke hari
ini.
-
Pemimpin PAS patut mengkritik tindakan ini, sama seperti tindakan yang dibuat
oleh Nik Aziz apabila mendoakan Perdana Menteri agar ‘pecah perut’ sebelum ini.
-
Namun ketinggian akhlak YAB Perdana Menteri tidak menghalang beliau untuk
menziarahi Nik Aziz apabila beliau ditimpa sakit dan dirawat di hospital.
-
Akhlak yang ditunjukkan jelas memberi pengertian besar perbezaan antara
pemimpin yang berakhlak seperti Nabi walau berpakaian tidak mengikut pakaian
Nabi seperti jubah dan serban.
Renung Renungkanlah...
0 comments: