Thursday, 22 November 2012

Azhar Sulaiman Jelaskan Maksud Tersirat


"Kenyataan saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu 'Nik Aziz dakwa Umno murtad'."

Begitulah penjelasan yang diberikan oleh aktor terkenal, Azhar Sulaiman, berhubung kenyataan mengenai dirinya kerana menjadi ahli Umno.

Bagaimanapun Azhar menjelaskan, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik. Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.
Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno.

"Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?


"Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu," katanya kepada Sinar Harian di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Azhar berkata, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik. Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.

Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu.

"Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan," katanya.

Dari apa yang diperjelaskan oleh Azhar, ternyata sikap Azhar yang begitu berani berhadapan dengan kenyataan berbanding sesetengah pihak.
Saya menyokong penuh tindakan Azhar yang telus ini.

Renung Renungkanlah...

Isu UMNO Murtad : Nik Aziz Cuba Alih Perhatian???




Ingat sahabat semua, jangan kita terpedaya dengan taktik bodoh mereka untuk menutup keberukan kroni mereka. Kita harus tegakkan kebenaran dan buktikan kepada semua umat islam betapa kejinya perbuatan mereka.(Di Sini )

Selain itu, mereka sengaja berbuat demikian untuk menutup cerita NURUL IZZAH ANWAR IBRAHIM yang menghalalkan orang melayu Islam menukar agama.

Mereka sudah tidak mampu menjawab kerana takut kehilangan undi sekaligus melenyapkan impian mereka untuk berkuasa dan bermewah-mewah.

Mereka sanggup menjual Agama dan Bangsa sendiri untuk kepentingan diri dan kroni.


Siapa yang nak menafikan perkara ini?.. jika ada berikan sekali bukti tentang betapa seriusnya PAS mempertahankan Agama dan buktikan kebenaran kata Nurul Izzah tentang kebebasan memlilih agama...

Jangan ingat dengan merepek dan merapu sebegitu mereka boleh menutup kisah NURUL IZZAH MURTAD ini... (Di Sini )

TQ : PDTM


Wednesday, 21 November 2012

Penceramah Pas Di Soal Siasat




"Saya akan serahkan telefon saya esok," katanya lagi.Wan Ji menulis di FB berkenaan dengan isu kebebasan bersuara.

"Saya juga ada memberitahu pihak polis bahawa saya juga bersedia untuk menghadap Sultan Selangor untuk memberi penjelasan jika diberi perkenan," katanya yang hadir di balai polis seorang diri tanpa ditemani peguam.

Wan Ji berkata, beliau telah diminta menyerahkan telefon yang digunakan untuk memuat naik komennya. ( Di Sini )

Tuesday, 20 November 2012

PAS Kena Tipu Lagi : Kita Tengok Siapa Yang Kena...


Gambar Sekadar Hiasan

Betullah kata beberapa orang pemerhati politik yang menghadiri Muktamar PAS di PUTIK Pengkalan Chepa tempoh hari katanya, saranan PAS untuk meletakkan Hadi sebagai calon PM seumpama menyuruh Hadi melangkah mayat Anwar.(  Di Sini )

Sebagaimana PAS tak berani untuk melangkah mayat Karpal Singh ketika kecoh isu negera Islam suatu ketika dulu, sama saja kini PAS mahupun Hadi tidak mungkin berani menonjolkan kejantanannya bila timbul isu calon PM yang sudah lama menjadi buruan peribadi Anwar Ibrahim.


"Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam," demikian kata Lim Kit Siang tanpa sedikitpun rasa segan dengan para pemimpin PAS yang menjadi tuan rumah bagi majlis himpunan itu beberapa malam lepas.


Hanya berselang beberapa puluh jam sahaja, tembelang propaganda PAS pecah. Lagi mengharukan pengumuman oleh Lim Kit Siang itu dibuat dihadapan ribuan penyokong PAS dan di kubu kuat PAS sendiri. Mana Hadi nak letak muka? ( Di Sini )


Tak perlu pemimpin BN bersuara mempersoalkan atau mempertikaikan kesungguhan PAS untuk menobatkan Presidennya sebagai calon PM, sebaliknya Pengerusi DAP sendiri yang dengan selambanya menolak hadi jatuh terduduk dan malu sendiri.


TQ : PDTM

Tuah Badan Bau Masam...




Zuraida yang terkenal dengan bau badan yang masam di kalangan orang-orang PKR telah dipilih oleh PKR untuk menjadi calon mereka di Ampang dalam PRU ke 13 memandangkan pada waktu itu tidak ramai orang-orang PKR yang berminat untuk jadi calon. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Zuraida menang di Ampang dan dalam masa yang sama PKR berjaya membentuk kerajaan di Selangor. (Di Sini )

Penglibatannya dalam PKR bermula selepas dia menyertai sebuah pertubuhan pro pembangkang yang dikenali sebagai Gerakan Mansuhkan ISA. Hasil pergaulan dan perkenalan beliau dengan orang-orang pembangkang dalam pertubuhan itu membawa beliau menyertai PKR. Kebetulan pada masa itu PKR berada dalam keadaan hidup segan mati tak mahu dan tidak ramai orang yang sanggup menerima jawatan -jawatan dalam parti. Kesempatan itu di ambil oleh Zuraida untuk menonjolkan dirinya dengan suara-suara lantangnya yang akhirnya membawa beliau berjaya memegang jawatan Ketua Wanita PKR.

TQ :  JAWA BERNAM

Monday, 19 November 2012

JAWATAN KOSONG : TUKANG URUT WANITA




Cuba tuan-puan lihat gaji tawaran... munasabah ke hanya dengan urut kaki di tambah lagi dengan persaingan sengit rumah urut kaki ni ditambah pula dengan kos sewa dan api air kedai ... berbaloikah atau cukupkah tauke kedai ni nak bayar gaji ?... itu baru seorang pekerja... kalu 3 orang?.. ( Klik Di Sini )

TQ : PDTM

PANAS!!!Noh Omar Dedah Auta Khalid???



DS Noh Omar sekali lagi mendedahkan perancangan kerajaan di bawah pimpinan Khalid yang mahu menjual saham di dalam anak syarikat PKNS iaitu Worldwide Holding dengan nilai RM150juta. Mengikut maklumat daripada laman web Worldwide Holding mereka ketika ini menguruskan aset-aset bernilai RM 1 billion.

Ini petikan daripada laman web syarikat tersebut :

Initially known as Tholec Limited, a private limited company in the plantation business formed in 1965, it was converted into a public company in 1967 and was listed in the Malaysia and Singapore Stock Cxchange. In 1971, it became known as Worldwide Holdings Berhad.

In 1989 Worldwide Holdings Berhad took a restructuring exercise  with a relisting on the Bursa Malaysia Securities. Having injected assets from three companies under the Kumpulan Perangsang Selangor (Holiday Inn Centre, Perangsang Tin Consolidated and Perangsang Rio Tinto) into Worldwide Holdings, the company is now under the wings of Kumpulan Perangsang Selangor.

Since then, Worldwide Holdings has been involved in diverse industries such as property development and investment, timber trading, infrastructure development, television news broadcasting, solid waste management, overseas investment and investment holding.

A consolidation exercise during the Asian financial crisis enabled Worldwide to diverse its infrastructure projects as well as its non-performing assets and investments.

In 2008, Worldwide Holdings Berhad was privatized and was officially delisted from Bursa Malaysia and is now a wholly owned subsidiary of Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Today, Worldwide Holdings Berhad focuses on four main businesses: property environmental management services, investment holding and medical device manufacturing.


Doa UMNO Untuk PAS...



MARILAH kita sama-sama Aminkan doa ini...

" Ya Allah. Kami mohon kepada mu. Jangan lah kau hancur kan Pas dan jangan lah kau hancur kan Umno. Sebaliknya kau satu kan lah hati2 mereka pemimpin kedua2 parti itu agar sama2 berjuang untuk menegakkan agama mu. Ya Allah. Kau tanam lah perasaan berkasih sayang sesama islam di antara pengikut Pas dengan pengikut Umno. Ya Allah sesungguhnya mereka pengikut Pas dan pengikut Umno adalah hamba mu yang taat kepada segala perintah mu "

" Ya Allah, jika pemimpin kedua2 parti Pas dan Umno itu telah tersesat daripada landasan mu, maka kau bawa lah mereka balik ke landasan yang kau redai. Ya Allah kau buka lah hati dan fikiran Tokguru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang. Ya Allah kau buka lah hati dan fikiran Datok Seri Najib dan Tan Sri Muhyidin. Agar masuk ke dalam diri mereka itu perasaan berkasih sayang sesama islam dan sesama melayu. Ya Allah kau buangkan perasaan benci membenci dan berhasad dengki dalam diri

 mereka berempat. Kau sucikan hati2 mereka dengan cahaya keimanan kepada mu dan kau nyahkan raja2 syaitan yang cuba menguasai mereka "

" Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Hamba dengan ikhlas dan suci hati mohon kau batalkan dan kau tolak lah doa mereka2 yang bersembahyang hajat di Kota Baru Kelantan kerana doa mereka itu tidak membawa kebaikan dan kebajikan kepada agama mu, kepada kami hamba2 mu dan kepada negara kami Malaysia ini. Mereka berdoa pada mu bukan kerana menyahut seruan keimanan tetapi mereka berdoa kerana mendengar bisikan syaitan yang tidak mahu umat islam bersatu hati mempertahankan agama mu "

" Akhir sekali Ya Allah, bantu lah kami agar bangsa kami ini terus memegang teraju pemerintahan di negara ini atas nawaitu kami untuk melihat Pas dan Umno sama2 menjaga kesucian agama mu "

Aminnnn ....


-Rafi Awang Kechik





Doa ini dari seorang yang berniat suci untuk menyatukan umat Islam dan bangsa Melayu, wujudkan dihati sanubari para penyokong dan pemimpin Pas seperti yang lahir dari hati insan ini?





Renung Renungkanlah...






Azhar Idrus Boycott McD???



Munafiq kah Azhar Idrus melarang umat Islam untuk membeli produk Israel ini tapi tidak mengapa bagi dia dan keluarganya. Tiap hari berceramah mengutuk tindakan Israel tanpa menyedari diri sendiri tetap menyokong produk keluaran Israel sejak dari dulu lagi.

UMNO Di Murtadkan Nik Aziz???


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini melabel parti dominan Melayu itu sebagai murtad kerana menolak Islam parti tersebut.
Veteran PAS itu turut menegaskan, tanpa mengira mana-mana pihak termasuk Umno sekalipun, jika menolak dan memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup.
"Tak kira siapa pun, tak kira kalau tok guru sekalipun, kalau murtad...murtad lah.
"Usahkan Umno, tok guru berserban, berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan cara ... hati dia betul, Islam tak guna ... dia murtad walaupun tidak ada mufti beritahu, tapi kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak guna ... dia murtad," katanya kepada pemberita.
"Umno tolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam. Dia buang Islam, macam lekehkan benda salah ... macam ubat habis tempoh dia buang.
Jadi bila Umno buang (Islam), agama apa Umno tu?" kata Nik Aziz (gambar) ketika Muktamar Tahunan PAS ke-58 di Pusat Tarbyiah Islamyiah Kelantan (Putik) hari ini.
Ketika ditanya samaada adakah Umno telah memperlekehkan Islam sehingga layak dilabel sebagai murtad, Menteri Besar Kelantan itu berkata,"tak lekeh apa dia buang Islam."
Nik Aziz turut menegaskan, gejala murtad yang berlaku bukanlah hasutan daripada paderi Kristian seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya ia merupakan kelemahan masyarakat Melayu sendiri kerana menolak Islam.
"Murtad ini bukan (hasutan) daripada paderi Kristian, tapi daripada orang Melayu sendiri yang tolak Islam, (maknanya) yang tolak Islam dia murtad.
"Agama apa Umno pakai? bila Umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka (adakah) Umno sama ada Kristian, Buddha atau tak ada agama?" katanya lagi.
Diminta penjelasan sama ada beliau menjatuhkan hukum murtad kepada Umno selepas mendakwa parti itu memperlekehkan Islam, Nik Aziz berkata ianya merupakan soal akidah dan tindakan Umno yang dakwanya menolak Islam turut memberikan kesan kepada kedudukan Islam itu sendiri.
"Ini hal akidah, akidah salah ... bila Umno tolak Islam, apa taraf Islam? takkan nak biar?" soalnya lagi
Beliau turut berkata PAS adalah serpihan Umno yang meninggalkan parti tersebut kerana Umno sendiri menolak golongan ulama mereka.
"Umno tolak, tolak alim ulama dia sendiri ... jadi sekarang Umno pelawa PAS membela Islam ... alim ulama sendiri kamu tolak, mana boleh nak terima ulama kami. Ini logiknya.
"Jadi kalau ajak kami nak jaga Islam, yang ulama kamu sendiri kamu tolak usahkan nak terima ulama aku," tegas Nik Aziz.

TQ : MI





Sunday, 18 November 2012

Perlukan Kewarasan Semasa Berdoa...




- Doa keburukan kepada sesama Islam dilarang oleh syariat dan juga pandangan orang yang ada akal kewarasan.
- Oleh itu menggunakan program solat hajat yang dihadiri ribuan umat Islam tidak wajar dijadikan tempat melepaskan kemarahan politik.
- Begitu juga meniup semangat kebencian berdasarkan fitnah bahawa parti UMNO BN menjual negara ini juga tidak boleh diterima oleh sesiapa.
- Bagaimana andaikata UMNO juga membuat solat hajat mengutuk agar dihancurkan PAS seperti doa yang mereka buat semasa solat hajat di Stadium Sultan Muhammad Kota Bharu dua hari yang lalu ?
- Paling penting di dalam Islam berdasarkan akhlak Nabi kita tidak pernah temui sebarang contoh Nabi mendoakan kehancuran kepada musuh-musuhnya bahkan musuh baginda didoakan agar menerima hidayah memeluk Islam.
- Ia berlaku semasa kisah Nabi mendoakan Umar Al-Khattab yang akhirnya membawa kepada pengislaman beliau selepas mendapat hidayat dari Allah Taala.
- Begitu juga di saat Nabi diberi tawaran agar menghancurkan kota Taif yang menolak seruan baginda, namun ia dijawab dengan baik dengan kata dan doa agar zuriat penduduk tersebut akan lahir dan menjadi umat manusia yang beriman kepada Allah.
- Terbukti akhirnya penduduk Taif menjadi orang Islam yang kekal hingga ke hari ini.
- Pemimpin PAS patut mengkritik tindakan ini, sama seperti tindakan yang dibuat oleh Nik Aziz apabila mendoakan Perdana Menteri agar ‘pecah perut’ sebelum ini.
- Namun ketinggian akhlak YAB Perdana Menteri tidak menghalang beliau untuk menziarahi Nik Aziz apabila beliau ditimpa sakit dan dirawat di hospital.
- Akhlak yang ditunjukkan jelas memberi pengertian besar perbezaan antara pemimpin yang berakhlak seperti Nabi walau berpakaian tidak mengikut pakaian Nabi seperti jubah dan serban.

Renung Renungkanlah...

DOA SESAT...




Hairan bin ajaib apabila yang mengimamkan doa dan solat hajat tersebut adalah individu yang datangnya dari parti konon Islam. Lebih malang lagi apabila kesemua umat Islam yang hadir turut mengaminkan doa tersebut.


Inikah ajaran Islam yang dibawa oleh parti berkenaan yang dahulunya bersungguh untuk menegakkan Islam tetapi kini matlamat telah menghalalkan cara. Tanpa rasa bersalah dan berdosa, pemimpin mereka bersetuju dan menyokong perbuatan mereka yang secara jelas bertentangan dengan prinsip Islam yang diterapkan.

Renung Renungkanlah...

Saturday, 17 November 2012

PANAS!!!Facebooker Mj Atam Mengamuk Di Negeri Tok Guru...



Ketua Wira PERKASA Kelantan, Encik Azman Yazid bersama beberapa ahli yang lain telah membuat bantahan secara aman berhubung kenyataan Irene Fernandez yang menuntut untuk menghapuskan hak dan keistimewaan Melayu sebaimana yang terkandung dalam perlembagaan perkara 153.

"Pengarah eksekutif Tenaganita yang lantang itu juga menambah bahawa langkah serta-merta dalam polisi kerajaan diilhamkan daripada Artikel 89 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan hanya berjaya mengguntungkan golongan elit dalam masyarakat Melayu kelas atasan."


Dari perlembagaan Persekutuan Artikel 89 ialah berkaitan dengan tanah rezab Melayu dan artikel 153 pula ialah hak istimewa orang-orang Melayu . Kenyataan Irene Fernandez mahu kedua dua artikel ini dikaji semula . Kita sedar, permainan yang cuba dimainkan oleh mereka ini , dikala orang Melayu sedang berpecah belah , anasir anasir ini mula memainkan peranan kali ini bukan lagi secara halus tetapi dengan lebih jelas . Kenapa mereka mula jadi semakin berani sekarang? Ini adalah kerana mereka sedar ada di kalangan orang Melayu sendiri yang mahu Artikel 89 dan Artikel 153 ini dikaji semula .
Sidang Media dan laporan polis turut dibuat petang tadi( 17 November 2012 ). Dalam sidang media itu juga  Irene di minta memohon maaf secara terbuka kerana kenyataan beliau telah menguris hati banyak pihak, iaitu orang orang Melayu dan yang beragama Islam khususnya.


Menurut Encik Azman ( Mj Atam ), " Andai beliau (Irene Fernandez ) enggan memohon maaf, molek kiranya diserahkan balik kerakyatan Malaysia dan beliau segera meninggalkan Tanah Melayu yang kita tahu orang Melayu mempunyai hak dan tanah ini adalah hak Melayu".
"Dengan kenyataan ini ( menuntut menghapuskan hak keistimewaan Melayu ), sedikit sebanyak boleh memecahbelahkan kaum yang sekian lama terjalin" katanya lagi.



Wira PERKASA Kelantan berpendapat, isu ini adalah isu yang amat serius dan terlalu sensitif dan juga tidak bertanggungjawab yang boleh menggangu ketenteraman awam, sekaligus telah mencabar semangat dan kewibawaan kami sebagai orang Melayu yang beragama Islam. Satu perkara lagi yang dilihat oleh Wira PERKASA adalah mengenai unsur unsur menghasut dan mengajak masyarakat untuk berpecahbelah dengan menghina kesucian agama dan hak keistimewaan orang Melayu Pribumi khasnya.


Laporan Polis dibuat adalah bertujuan bagi mengesa pihak Polis menyiasat isu berkenaan yang kini mula menjadi isu nasional sehingga menimbulkan kemarahan dan keresahan kepada seluruh umat Islam. Pihak terbabit ( Polis ) juga hendaklah tegas dan haruslah menggunakan Peruntukan Leluhur Undang Undang yang ada bagi menghalang dan merosakkan hubungan kaum dan keamanan yang sedia ada.

Hak Melayu harus dijaga kerana tanah Malaysia ini adalah hak milik kita. Sebagai seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, saya juga menuntut perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh Mj Atam dan saya percaya ramai lagi yang menunutut hal yang sama diluar sana. Saya juga ingin memuji sikap dan keberanian anak Melayu kita yang sanggup berjuang mempertahankan hak Melayu. Syabas ANAK MELAYU, Syabas Mj Atam Ketua Wira PERKASA Kelantan dan PERKASA Kelantan dibawah naungan Tuan Hj. Fauzi.


Renung Renungkanlah Wahai Anak Melayu...

Sunday, 11 November 2012

Lagi Kecoh Di Batu Pahat!!!




Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama ahli-ahli Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) hari ini meneruskan niat murni melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara di Sekolah Agama Seri Aman Kg Bahru di sini.
 
Pada lawatan hari ini pihak BAKTI turut menyumbangkan beberapa sumbangan kepada mangsa banjir seperti keperluan harian bagi meringankan beban mereka yang ditimpa musibah itu.
 
Semasa mengadakan lawatan tersebut, Rosmah yang juga merupakan Yang Di Pertua BAKTI turut meluahkan rasa simpati beliau kepada mangsa banjir dan berharap agar mereka bersabar dengan dugaan yang menimpa. ( Klik Di Sini )

Sumber : KLPos

Thursday, 8 November 2012

HANGAT!!!DS Rosmah Buat Mangsa Banjir Menangis???



N.Vimala, 45, tidak dapat menanggung kesedihannya berikutan kejadian banjir yang berlaku menyebabkan dia sekeluarga tidak dapat meraikan perayaan Deepavali seperti tahun-tahun sebelumnya. 

“Deepavali semakin hampir tetapi disebabkan banjir semua persediaan serta kelengkapan untuk sambutan Deepavali telah hanyut dibawa air… baju-baju baru yang dibeli semuanya rosak.

“Saya cakap dengan Datin Seri supaya tolong saya kerana saya kasihankan anak-anak kerana mereka sepatutnya bergembira tetapi semuanya telah musnah,” katanya. ( Klik Di Sini )

TQ : PK 

PAS Menabur Janji Kosong : Rakyat Kelantan Terus Di Tipu...



Kelantan Negeri Serambi Mekah yang diperintahkan oleh Kerajaan PAS. Sudah 22 tahun Negeri Kelantan di ambil alih oleh kepimpinan PAS, namun adakah benar benar PAS berjaya memerintah dengan baik di Negeri itu???

Banyak aspek yang kita harus lihat tentang "adakah berjaya PAS memerintah dengan sempurnanya Kelantan" sehingga hari ini sudah lebih 22 tahun. Apakah kejayaan PAS di Kelantan yang dapat kita banggakan???

PAS seringkali menabur janji kepada rakyat yang sering ditipu dengan janji janji palsu PAS. Kadang kadang terasa rakyat Kelantan rela diperbodoh bodohkan oleh kepimpinan Kerajaan Negeri iaitu PAS.


Rakyat Kelantan kebanyakannya sudah mula celik dan sedar. Sehubungan degan itu, Gerakan TUKAR (Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat) mempersoalkan, adakah pelbagai  janji yang diwar-warkan oleh PAS Kelantan di setiap kali pilihanraya yang berslogankan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM sudah dilaksanakan dan dipenuhi, dan sejauh manakah pula pelaksanaannya.


``Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan 
oleh syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata ” (Surah An-Nisa: 120).

Setelah 22 tahun rakyat dijanjikan dan diperdayakan, inilah tuntutan yang disuarkan rakyat kepada Kerajaan PAS :-




TUNTUTAN 22 PERKARA 
RAKYAT KELANTAN

KAMI RAKYAT KELANTAN, DENGAN PENUH RENDAH DIRI MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MELAKSANAKAN TUNTUTAN 22 PERKARA RAKYAT KELANTAN INI SEBELUM PRU-13, TUNTUTAN 22 PERKARA INI DIBUAT ADALAH BERDASARKAN JANJI YANG PERNAH DIBUAT OLEH KERAJAAN PAS YANG MASIH BELUM TERTUNAI. JIKA KERAJAAN PAS KELANTAN TIDAK MELAKSANAKAN TUNTUTAN INI,  KAMI RAKYAT KELANTAN BERSEPAKAT UNTUK MENUKAR KERAJAAN PAS KELANTAN DEMI KESEJAHTERAAN  RAKYAT PADA PRU-13 NANTI. KAMI PERCAYA TINDAKAN INI ADALAH SUATU HIJRAH DAN PENGORBANAN  YANG PALING  BESAR PERNAH DILAKUKAN OLEH RAKYAT KELANTAN.



TUNTUTAN PERTAMA (1)
RAKYAT MENUNTUT ANAK NEGERI DI BERI KEUTAMAAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN. RAKYAT JUGA MENUNTUT AGAR SEMUA WAKIL RAKYAT DI KELANTAN HENDAKLAH DIKALANGAN ANAK-ANAK TEMPATAN SAHAJA.

TUNTUTAN KEDUA (2)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEGERAKAN PENUBUHAN  BADAN HISBAH DAN  MENUNTUT BARISAN KEPIMPINAN KERAJAAN PAS MENGIHSTIHARKAN HARTA.

TUNTUTAN KETIGA (3)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKUATKUASAKAN ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH II KELANTAN.

TUNTUTAN KEEMPAT (4)
RAKYAT  MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN BERSIKAP LEBIH BERSIH, ADIL DAN AMANAH DAN BERHENTI DARI MENYALAHKAN PIHAK LAIN DIATAS KEGAGALAN SENDIRI.

TUNTUTAN KELIMA (5)
RAKYAT MENUNTUT  KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERA MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN KHUSUSNYA KEPADA GOLONGAN BELIA YANG MENGANGGUR.

TUNTUTAN KEENAM (6)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBAYARAN BANTUAN RM100 KEPADA SELURUH WARGA EMAS DI KELANTAN BERMULA TAHUN 1990 HINGGA SEKARANG.

TUNTUTAN KETUJUH (7)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELESAIKAN SEGERA MASALAH AIR KELANTAN YANG BERLARUTAN SEJAK SEKIAN LAMA DAN RAKYAT TIDAK SANGGUP UNTUK MENUNGGU SEHINGGA TAHUN 2027.

TUNTUTAN KELAPAN (8)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERA MENGHAPUSKAN CUKAI PINTU DAN BAYARAN TEMPAT LETAK KERETA (PARKING) SERTA MEMANSUHKAN BAYARAN SEWA TAPAK STESEN-STESEN KERETA SEWA SELURUH KELANTAN.

TUNTUTAN KESEMBILAN (9)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN TERUTAMANYA PEMIMPIN DAN AHLI TIDAK LAGI MENGAMALKAN BUDAYA POLITIK MENCACI DAN MENGHINA.

TUNTUTAN KE SEPULUH (10)
RAKYAT MENUNTUT KEPIMPINAN KERAJAAN PAS KELANTAN TIDAK LAGI BERSEKONGKOL DENGAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, KETUA UMUM PARTI KEADILAN RAKYAT YANG JELAS DIRAGUI DARI SEGI AKIDAH, MORAL DAN SOKONGAN KEPADA ISRAEL.

TUNTUTAN KESEBELAS (11)
RAKYAT MENUNTUT KEPIMPINAN KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA MENOLAK SEBARANG KERJASAMA DENGAN PARTI DAP YANG JELAS MENOLAK PENUBUHAN NEGARA ISLAM.

TUNTUTAN KEDUA BELAS (12)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBINAAN PERLABUHAN DARAT KUALA KRAI SEPERTI YANG DIJANJIKAN.

TUNTUTAN KETIGA BELAS (13)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SELESAIKAN SEGERA MASALAH BERKAITAN LADANG RAKYAT DAN MENGISTIHARKAN SECARA TERBUKA NAMA DAN BUTIRAN  PENERIMA DIVEDEN LADANG RAKYAT, SERTA NAMA SYARIKAT YANG  TERLIBAT SECARA LANGSUNG BERSAMA AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT.

TUNTUTAN KEEMPAT BELAS (14)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEGERAKAN SARANAN SUHAKAM BERSABIT PEMBELAAN TERHADAP NASIB ORANG ASLI.

TUNTUTAN KELIMA BELAS (15)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEDIAKAN SEGERA TAPAK RUMAH KEPADA GOLONGAN MISKIN DI BUKIT TOK ALI(JELI), PANTAI MEK MAS (PENGKALAN CHEPA) , ALOR PULAI DAN KAMPUNG TOK EWEL (BACHOK)DAN LAIN-LAIN KAWASAN PENEMPATAN GOLONGAN MISKIN YANG MASIH BELUM DILAKSANAKAN.

TUNTUTAN KEENAM BELAS (16)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENGISTIHARKAN SECARA TERBUKA JUMLAH ASET/ HARTA MILIK KERAJAAN NEGERI SERTA SYARIKAT YANG BERKAITAN KERAJAAN NEGERI YANG TELAH DIJUAL DAN MENGISHTIHARKAN TERBUKA KEMANA WANG TERSEBUT DI BELANJAKAN.

TUNTUTAN KETUJUH BELAS (17)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK KEPADA RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH.

TUNTUTAN KE LAPAN BELAS (18)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBINAAN  JAMBATAN KEDUA KOTA BHARU-PALEKBANG SEPERTI MANA YANG DIJANJIKAN DAN TELAH DILETAKKAN BATU ASAS.

TUNTUTAN KE SEMBILAN BELAS (19)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELAMATKAN RAKYAT DARIPADA TERUS TERJERUMUS KE DALAM KEMISKINAN HARTA DAN KEMISKINAN AKHLAK.

TUNTUTAN KEDUA PULUH (20)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELESAIKAN SEGERA ISU PENGAMBILAN BALIK TANAH RAKYAT DI NEGERI KELANTAN TERUTAMANYA DI KAWASAN SELUAS 400 EKAR DI KAMPUNG TIONG KUBANG KERIAN.

TUNTUTAN KEDUA PULUH SATU (21)
RAKYAT KHUSUSNYA PENIAGA KECIL / PENJAJA MENUNTUT SUPAYA KEBAJIKAN MEREKA DIJAGA ANTARANYAMENGHAPUSAN CUKAI KEPALA BAKUL YANG DIKENAKAN KEPADA MEREKA SEPERTI MANA DIJANJIKAN.

TUNTUTAN KEDUA PULUH DUA (22)
RAKYAT  MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA BERHENTI DARI MENABUR JANJI-JANJI BARU KEPADA RAKYAT SELAGI JANJI LAMA YANG MASIH TERTUNGGAK TIDAK DITUNAIKAN. RAKYAT JUGA MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENGHORMATI PERASAAN DAN SENSITIVITI RAKYAT DENGAN MENDAHULUKAN KEPERLUAN RAKYAT DAN BUKAN HANYA MENABUR PELBAGAI JANJI TANPA MELAKSANAKANNYA.

Diatas adalah 22 tuntutan yang dibuat oleh rakyat kepada Kerajaan Negeri.  Adakah ianya dapat dilaksanakan oleh PAS???

Kepada rakyat Kelantan...
Renung Renungkanlah...

Wednesday, 7 November 2012

KFC Di Jual Kepada Cina???

 
 
Penyakit jual harta rakyat ini bukan sahaja berlaku di Selangor tetapi turut berlaku di Negeri Johor ini di mana nama seorang Cina yang dikenali sebagai  Lim Kam Hoo sering disebutkan sebagai antara Cina yang mendapat segala kemudahan untuk membeli aset-aset Melayu di negeri itu hingga timbul cakap-cakap,takkan semua harta Johor mahu dijual kepada Cina ini?

Tindakan mahu menjual aset amat berharga ini sekiranya dipersetujui oleh Ghani  akan membuktikan bahawa Ghani semakin hilang akal kerana kalau semua kepentingan Melayu mahu dijual,apa lagi yang boleh Melayu Johor bangga-banggakan dan  adakah Ghani mahu namanya disebut dan dikenang sepanjang hayat sebagai Menteri Besar  yang langsung tidak tahu menjaga harta ataupun kepentingan orang Melayu di negeri itu.
 
Klik Di Sini untuk selanjutnya...
 

Nurul Izzah Kena Cili Dengan Nik Abduh???



KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas semalam ‘menempelak’ Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini yang didakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk kepada orang Melayu.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ungkapan ‘tiada paksaan dalam agama’ daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.



Beliau berkata, sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.

“Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim. -UTUSAN

Saturday, 3 November 2012

HANGAT!!!Pas Bakal Berkubur Di Kelantan???



Sesekali dapat pulang ke kampung memang seronok. Negeri kelahiran saya Negeri Serendah Sekebun Bunga Negeri Kelantan memang selalu saya rindui. Walaupun cuti agak terhad dan peluang untuk berada di kampung tidaklah lama, namun saya manfaatkan dengan mengisi setiap masa untuk mengikuti setiap perkembangan yang berlaku di Kelantan.

Semalam, 2 November 2012 saya mendapat info yang Mesyuarat Agung PERKASA Peringkat Negeri Kelantan berlangsung di Dewan Perkumpulan Perempuan Kelantan (PPK) Kota Bharu. Saya memang teringin bertemu dengan Presiden PERKASA yang saya anggap seorang Pembela dan Pejuang Melayu yang hebat iaitu Dato Paduka Ibrahim Ali. Sudah lama saya ingin bertemu dengan beliau secara lebih dekat dan inilah peluang saya. 


Jadi, tidak salah jika saya menyertai program tersebut. Dan tujuan utama saya adalah hendak mengikuti perkembangan pergerakan PERKASA yang sebelum ini saya tahu sangat hebat membela nasib Melayu. Ternyata sangkaan saya tepat dan jelas bahawa PERKASA adalah sebuah pertubuhan yang hebat dan ahli ahlinya sangat bersemangat Kemelayuan dan Keperwiraan. Dan yang paling saya kagum adalah Presiden PERKASA itu sendiri yang sangat di senangi dan di sayangi setiap ahli.


Dari perbualan saya dengan Ketua Wira PERKASA Kelantan Encik Azman Yazid, kehadiran pada kali ini adalah diluar jangkaan. Pihak mereka menyediakan 1000 kerusi di dalam dewan tetapi kehadiran adalah melebihi dari 1000 orang sehinggakan ada yang berdiri dan duduk di atas tikar. Di anggarkan lebih kurang 2000 lebih ahli yang hadir dalam perjumpaan tersebut termasuk konvoi bermotor. Dan 70% daripadanya adalah kaum hawa. 

Saya juga berkesempatan bersembang dengan YDP PERKASA Negeri Kelantan Tuan Hj. Fauzi Mohamed. Menurut Tuan Hj. Fauzi, ini merupakan tahun pertama beliau memegang jawatan sebagai YDP PERKASA Negeri. Beliau amat kagum dengan kepimpinan Presiden PERKASA yang sememangnya layak dan beliau sendiri mengakui bahawa Dato Ibrahim Ali adalah seorang Perwira bagi anak Melayu kerana bukan ramai anak Melayu yang berani dan bersemangat mempertahankan hak dan nasib anak Melayu masa kini.




Majlis itu dirasmikan oleh Leftenan Jeneral (B) Datuk Salleh Ismail selaku Ahli Dewan Tertinggi PERKASA. Dan tetamu tetamu kehormat pula ialah antaranya Mantan YDP PERKASA Negeri, Sdr. Sibri Ismail, Dato Musatapa Yaakub Timbalan YDP Negeri, Dato Muhamad Ghani Presiden PBTM, Datuk Mustopha Ahmed Pengerusi PERKASA Kota Bharu, dan Pengerusi Pengerusi setiap daerah.
Majlis di serikan lagi dengan kehadiran Presiden PERKASA iaitu Dato Paduka Ibraim Ali.


Dato Him juga ada mengingatkan bahawa beliau berjuang bukan untuk melawan TGNA Nik Aziz dan bukan kerana tidak sayangkan TGNA, tetapi beliau lebih sayangkan anak anak Melayu dan rakyat Kelantan supaya dapat keluar dari kepompong PASyang sudah lebih 22 tahun rakyat Kelantan menerima nasib dari kepimpinan PAS.


Dalam ucapan YDP PERKASA, Tuan HJ. Fauzi pula, beliau menyeru kepada ahli bahawa kita perlu menilidengan lebih bijak pada PRU 13 nanti dan harus kita kaji dan ingat semula apa jani yang ditaburi PAS bermula dari hari pertama mereka mengambil alih pemerintahn Negeri Kelantan. Semua janji hanya tinggal janji.

Fokus perjuang PERKASA ialah menyedarkan rakyat bahawa Kelantan sudah banyak ketinggalan dalam pelbagai asapek termasuk ekonomi dan taraf kehidupan masyarat kita. Perjuangan yang dibawa PERKASA adalah perjuangan memperkasakan dan mempertahankan hak Melayu.
Perjuangan PERKASA adalah berlandaskan Agama Islam dan hak hak orang Melayu.


Jadi, kita harus menyokong dan menjadi antara pendorong perjuangan suci ini...

Renung Renungkanlah...
◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan