Wednesday, 27 March 2013

Sayu Di Saat Deklamasi Puisi Di Sambutan Hari Polis Ke-206



Kesayuan dan kesedihan jelas terpancar tatkala puisi di deklamasikan pada sambutan Hari Polis Ke-206. Suasana hening seketika apabila balu dan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan di Sabah.


Rasa kesayuan itu juga turut terpancar di raut wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak &  Isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tatkala bertemu dengan  waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan.




Mereka yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas militan di Kampung Tanduo pada 1 Mac ialah ASP Zulkifli Mamat, 29; dan Sjn Sabarudin Daud, 46; manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah ACP Ibrahim Lebar, 52; Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27; DSP Michael Padel, 36; Sjn Mejar Baharin Hamid, 49; Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sjn Salam Togiran, 42.
Hari Polis ke-206 disambut dalam suasana kesayuan tetapi penuh patriotik. Suasana hening seketika apabila balu dan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan di Sabah, mengambil kenaikan pangkat pegawai dan anggota berkenaan.


Perbarisan itu turut disertai 93 anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat. Mereka diterbangkan khas dari Sabah untuk sambutan Hari Polis itu. Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
TQ : KLPos

2 comments:

Kotak Katik Sana Sini said...

Aku hargai perjuangan mereka...

Gewe Kelate said...

Perjuangan mereka harus di hargai, mereka menjaga keselamatan negara. Terkorbannya meraka adalah kerana memperjuangkan keselamatan kita.

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan