Wednesday 27 March 2013

SIAPA KAMU? TUHAN sendiri akan ukur kebaikan dan keburukan walaupun sebesar zarah.



"SIAPA MAHATHIR?"

Dia makan nasi goreng sama macam kita.

Dia jugak makan laksa sambil bersila sama macam kita.
Dia juga berjalan kaki sama macam kita.


Tiada beza dia dengan kita jika sekali pandang.

Tapi ...

Yahudi dok hentam dia kerana perjuangannya menentang kezaliman Zionisme.

Barat dok hentam dia kerana kelantangannya mempersoalkan dasar hegemoni imperialisme dan ketidakseimbangan ekonomi dunia.

Masa Tun ambil pemerintahan negara, orang tidak kenal Malaysia. Sepanjang 22 tahun menjadi pemimpin, negara kita muncul sebagai gergasi ekonomi ASEAN dan dianggap model pembangunan negara dunia ketiga. Beliau turun dari tampuk kekuasaan pun secara sukarela.

Tun ada rekod dan pencapaian yang cukup gemilang dan bakal dikenang sampai bila-bila

Bila dia mentadbir dan memimp negara dan rakyat, dia berfikir, berikhtiar.

Mahathir la seorang insan yang berjaya membuka mata, telinga serta minda rakyat Malaysia supaya kita berusaha gigih untuk mencapai kejayaan.

Seorang insan yang mempunyai pandangan jauh untuk membangunkan negara Malaysia amnya dan orang Melayu khasnya.

Seorang insan kerdil dari Malaysia yang berjaya menyelamatkan negara dari keporakporandaan ekonomi akibat serangan matawang oleh George Soros.

Seorang pemimpin berjiwa rakyat yang telah membina negara Malaysia ini dengan dasar2 yang pragmatik yang membolehkan semua rakyat mengecapi kehidupan yang aman, makmur dan tenteram.

Seorang yang selalu menepati masa dan tidak suka membuat sesiapapun yang harus beliau jumpa menunggu beliau sehingga berjam-jam lamanya.

Dalam tempoh 22 tahun jadi PM telah menyediakan peluang-peluang dan bantuan untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam berbagai-bagai industri yang boleh mempertingkatkan ekonomi masing dan berpeluang bersaing antara satu sama lain, antara satu syarikat dengan syarikat yang lain, antara satu developer dengan developer yang lain, di dalam dan di luar negara.

Mahathir adalah seorang bekas Perdana Menteri Malaysia yang amat terserlah gaya kepimpinannya. Dikagumi seantaro dunia. Hebat daya pemikiran. Logik dalam tindakan. Memartabatkan bangsa dan agama (bukan keluarga). Sentiasa memotivasikan rakyat untuk menyerlah di mata dunia. Itulah Tun Dr Mahathir.

Beliau juga buat SILAP, sama macam kita.
Tapi adakah kita kena nafi jasanya hanya kerana kesilapannya?

SIAPA KAMU?
TUHAN sendiri akan ukur kebaikan dan keburukan walaupun sebesar zarah.

Wallahualam.


TQ :  Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan