Sunday 18 August 2013

Kalimah Allah : Yang Perlu Kita Tahu...




Kalimah Allah...

Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Kumpur melawan Kementerian Dalam Negeri, Kerajaan Malaysia, Majlis Majlis Agama Islam Negeri dan MACMA oleh 14 peguam di ketuai Dato Haji Zainul Rijal Abu Bakar Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM).
Pada 7hb January 2009, Kementerian Dalam Negeri (responden ) memberikan permit bersyarat kepada Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Kumpur (pemohon) melarang penggunaan kalimah ‪Allah‬ didalam penerbitan Herald The Weekly Catholic. 16hb Feb 2009, Responden memfailkan permohonan semakan kehakiaman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Permohonan untuk mencelah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai 2009, pemohonan untuk mencelah telah di failkan oleh :-
1. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 
2. Majlis Agama Islam Pulau Pinang 
3. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Islam Perak
4. Majlis Agama Islam Negeri Kedah 
5. Majlis Agama Islam dan Adat Negeri Terangganu
6. Majlis Agama Islam Selangor
7. Majlis Agama Islam Melaka 
8. Majlis Agama Islam Negeri Johor
9. Malaysia Chinese Muslim Associantion
10. Majlis Gurdawara Malaysia

Permohonan untuk mencelah ini adalah untuk melindungi kepentingan orang Islam di Malaysia serta menjaga kesucian kalimah Allah daripada di salahgunakan.

KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR (31hb disember 2009)
Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Dato Lau Bee Lan telah memutuskan bahawa, keputusan terhadap semakan kehakiman, membenarkan pemohonan semakan kehakiman respoden dan seterus nya memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah di benarkan didalam penerbitan "Herald - The Weekly Catholic".
Manakala terhadap pemohonan untuk mencelah pula, beliau menolak pemohonan kesemua majlis majlis agama islam termasuk malaysia chinese muslim dan majlis gurdawara untuk menjadi pencelah didalam semakan kehakiman tersebut.

ALASAN PENGHAKIMAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI KULA LUMPUR
Alasan terhadap permohonan semakan kehakiman, Kementerian Dalam Negeri semasa membuat keputusan bertarkh 7hb January 2009 telah gagal mengambil kira faktor faktor bahawa penggunaan kalimah Allah adalah sebahagian daripada amalan dan kepercayaan komuniti katolik yang berbahasa malaysia. Larangan penggunaan kalimah ALLAH oleh responden tersebut adalah tidak berperlembagaan kerana bercanggah dengan artikel 3(1) ,11(1) dan (3) Perlembagaan Persekutuan.
Pengunaan kalimah Allah tersebut hanya adalah didalam penerbitan untuk komuniti katolik dan bukan untuk masyrakat Islam di Malaysia. Tiada bukti bahawa penggunaan kalimah ALLAH tersebut merupakan ancaman kepada keselamatan negara.

ALASAN PENGHAKIMAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI KULA LUMPUR
Alasan terhadap permohonan untuk mencelah Majlis Majlis Agama Islam tidak mempunyai kepentingan langsung untuk di jadikan pencelah kerana semakan kehakiman adalah terhadap keputusan kementerian didalam negeri bertarikh 7hb January 2009 tersebut tidak melibatkan majlis majlis secara langsung semasa keputusan tersebut dibuat. Peranan majlis majlis agam islam hanya untuk membantu dan menasihati Sultan Dan Yang Dipertuan Agong, perkara perkara yang melibatkan akta penerbitan dan percetakan akhbar 1984 bukan dibawah bidang kuasa majlis majlis islam 

RAYAUAN DI MAHKAMAH RAYUAN
Bertarikh 5hb January 2010, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 31hb Disember 2009 tersebut yang membenarkan semakan kehakiman.
Majlis Majlis Agama Islam berikut juga memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak pemohonan mencelah.
Majlis Majlis Agama yang merayu adalah :-
1. Majlis Agama Islam Pulau Pinang 
2. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Islam Perak
3. Majlis Agama Islam Negeri Kedah 
4. Majlis Agama Islam dan Adat Negeri Terangganu
5. Majlis Agama Islam Selangor
6. Majlis Agama Islam Melaka 
7. Majlis Agama Islam Negeri Johor
8. Malaysia chinese muslim associantion

PENGGANTUNGAAN PERLAKSAAN 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengantung pelaksanaan keputusannya sementera kes ini di dengar di Mahkamah Rayauan. Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan pengunaan kalimah Allah di dalam penerbitan "Herald -The Weekly Catholic' TIDAK BOLEH DILAKSANAKAN

PERINTAH PERSETUJUAN 
Pada 25hb Mei 2013 respoden iaitu Titular Roman Catholic Arcbishop of Kuala Lumpur dan semua kesemua Majlis Majlis Agama Islam yang merayu telah merekodkan perintah persetujuan di mana majlis majlis agama islam di jadi kan pencelah di dalam rayuan kes ini.

PEMOHONAN RESPODEN UNTUK MEMBATALKAN RAYUAN PERAYU PERAYU
Pada 18hb Julai 2013 respoden telah memfaikan keseluruhan rayuan perayu perayu berdasarkan kepada surat Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Najib Bin Tun Abdul Razak bertarikh 11hb April 2011 yang di tujukan kepada Bishop Ng "10 POINT SOLUTION TO ADDRESS THE BAHASA MALAYSIA /INDONESIA BIBLE AND OTHER RELATED ISSUES".

ANTARA 10 POINT SOLUTION TO ADDRESS THE BAHASA MALAYSIA /INDONESIA BIBLE AND OTHER RELATED ISSUES
Bible dalam semua bahasa di benarkan untuk di import ke Malaysia termasuk di dalam bahasa Malaysia/Indonesia. Bible tersebut juga boleh di cetak di Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak. Dan Bible di dalam bahasa asli Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan, Dusun dan Lun Bawang juga di benarkan untuk di import dan di cetak.
Tiada sekatan atau syarat keatas import dan percetakan Bible di dalam bahasa di Sabah dan Sarawak. Bible yang di import atau di cetak di dalam Bahasa Malaysia/Indonesia hendaklah mengadungi perkataan "Christian Publication " di muka hadapan.

HUJAHAN PERAYU PERAYU (KEMENTERIAN DALAM NEGERI &MAJLIS MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI
Surat tersebut tidak menyatakan secara jelas bahawa respoden di benarkan menggunakan kalimah ALLAH di dalam penerbitan "Herald - The Weekly Catholic". Surat tersebut juga tidak boleh mengikat keputusan mahkamah selagi mana ia tidak di jadikan undang undang.

PEMBICARAAN PERMOHONAN UNTUK MEMBANTAL RAYUAN PERAYU PERAYU
Tarikh 22hb Ogos 2013 telah di tetapkan untuk pembicaraan permohonan respoden tersebut.

KESAN DARIPADA KEPUTUSAN MAHKAMAH PADA 22HB OGOS 2013 
Sekiranya pemohonan respodenden di benarkan, perayu perayu akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut di mahkamah perseketuan. Dan sekiranya pemohonan respoden di tolak, perbicaraan kes induk akan di dengar pada 10hb september 2013.

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan