Saturday 17 August 2013

Zahid Hamidi Hero Alaf Baru!!!



Semalam, sempat bersembang dengan beberapa orang rakan tentang isu semasa yang berkisar sekitar Selangor khususnya. Pusat-pusat judi haram serta pusat karaoke di beberapa kawasan telah ditutup serta merta atas arahan dari Menteri KDN, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau juga turut memberi arahan juga amaran kepada semua Ketua Polis Daerah agar memantau segala pusat-pusat judi haram dan karaoke haram di kawasan masing-masing agar memastikan yang semua premis ini tidak beroperasi lagi. Jika didapati masih juga beroperasi, tindakan tegas bakal diterima sehingga mana-mana Ketua Polis Daerah yang tidak mengikut arahan boleh dikenakan tindakan dipecat dari perkhidmatan.

Itulah antara perkara yang membanggakan KDN dengan kehadiran Menteri baru kali ini. Zahid Hamidi telah membuktikan yang beliau bukanlah seorang Menteri yang hanya tahu mencium keris tanpa mengasap kemenyan atau tanpa perahan limau. Menteri kali ini betul-betul mengotakan janjinya.

Penguatkuasaan ini telah dibuat di Selangor, negeri lain tidak tahu pulak. Tapi yang penting, daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor telah disahkan oleh beberapa orang kawan aku yang telah aku hubungi. Sehinggakan ada beberapa orang kawan yang memang tahi judi merungut kerana sudah tidak ada lagi tempat untuk melepaskan gian masing-masing.

Pencapaian yang bagus setakat ini. Tahniah Dato' Seri. Kami berbangga punya Menteri 'ada telur' macam Dato' Seri...

TQ Jawa Bernam

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan