Friday, 5 October 2012

DS Rosmah Mansor Perihatin Pada Kanak Kanak...


Terbukti dan sangat jelas bahawa Kerajaan amat menitikberatkan pembelajaran dan beban yang ditanggung rakyat. Pada pembentangan Bajet 2013 lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan sebanyak RM532 juta untuk diperuntukkan kepada KEMAS bagi tujuan pendidikan. Sebanyak 28 buah Taska Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (PERMATA) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan dibuka menjelang tahun depan.

Di Kuala Selangor, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, "Sehingga kini pusat PERMATA negara telah berkembang dan mempunyai sebanyak 665 buah pusat asuhan di seluruh Malaysia."
"Sebanyak 354 daripada jumlah tersebut merupakan Taska KEMAS PERMATA.Seramai 22, 423 anak- anak telah menerima manfaat daripada penubuhan taska ini.
"Oleh itu, kejayaan yang telah dicapai ini selaras dengan matlamat utama penubuhan PERMATA, iaitu untuk memberi peluang kepada anak-anak di luar bandar dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah, " katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Kanak-kanak Tabika dan Taska PERMATA KEMAS di sini hari ini.

Menurut Rosmah yang juga merangkap Penaung Program PERMATA, hasil kajian yang dilakukan terhadap perkembangan emosi, sahsiah dan sosial anak- anak PERMATA amat menyerlah dan lebih baik daripada kanak-kanak yang lain.

"Mereka (anak-anak PERMATA) telah menunjukkan nilai self-esteem yang tinggi dan telah membuktikan bahawa proses pembelajaran yang menekankan pembinaan hubungan mesra serta kasih sayang antara pendidik dan kanak-kanak telah berjaya mendidik mereka menjadi lebih yakin," katanya.

Selain itu, beliau turut berkata program PERMATA ini mendapat pengiktirafan yang besar oleh kerajaan sebagai kompenan penting di dalam sistem pendidikan di Negara ini.

"Peruntukkan yang begitu besar saban tahun daripada kerajaan jelas membuktikan bahawa kerajaan mengiktiraf pendidikal awal kanak-kanak," katanya
"Selain itu, kerajaan juga telah mencadangkan geran pelancaran RM10 ribu kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECEC) bagi membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti,"katanya.
Sehubungan itu, beliau turut berkata usaha murni untuk menjayakan program PERMATA ini tidak dapat dilaksanakan tanpa sokongan daripada ibubapa dan para pengajar.
"Tidak dinafikan ibubapa memainkan peranan penting dalam membantu pembangunan insan dan pembinaan bilai budaya dan moral anak-anak, begitu juga para pendidik yang banyak membantu dalam mengasuh dan mendidik mereka," katanya.

Diakhir ucapannya, Rosmah berharap agak anak-anak di negara ini dimanfaatkan agar matlamat untuk menyediakan modal insan yang berkualiti, berkreativiti dan berketrampilan akan dapat dilaksanakan tanpa mengira kaum, agama dan keturunan.

"Saya harap agar Taska PERMATA KEMAS dapat di bina di setiap kawasan luar bandar mahupun bandar bagi memanfaatkan anak-anak dengan memulakan permulaan hidup yang terbaik," katanya.

Keperihatinan pihak kerajaan dan Perdana Menteri menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sangat bertuah. Namun masih wujud segelintir manusia yang tidak menyedarinya dan cuba menjatuhkan YAB Perdana Menteri dan isteri...

Renung Renungkanlah...


Thursday, 4 October 2012

Kabinet Dapur Rumah Anwar???

 

BREAKING NEWS - Shadow Cabinet Pakatan Revealed



Senarai Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat

Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR)


Timbalan Perdana Menteri I: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas)


Timbalan Perdana Menteri II: Lim Guan Eng (DAP)


Timbalan Perdana Menteri III: (Pemimpin dari Sabah dan Sarawak)


Menteri di Jabatan Perdana Menteri:


Dr Tan Seng Giaw (DAP)


Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR)


Datuk Mustafa Ali (Pas)


Menteri Kewangan I: Tony Pua (DAP)


Menteri Kewangan II: Rafizi Ramli (PKR)


Menteri Pertahanan: Salahuddin Ayub (Pas)


Menteri Pelajaran: Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin (Pas)


Menteri Dalam Negeri: Azmin Ali (PKR)


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan: Fuziah Salleh (PKR)


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Dr Dzulkefly Ahmad (Pas)


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Dr Mohd Hatta Ramli (Pas)


Menteri Pengajian Tinggi: Chong Chieng Jen (DAP)


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Husam Musa (Pas)


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Che Rosli Che Mat (Pas)


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: R Sivarasa (PKR)


Menteri Pengangkutan: Khalid Samad (Pas)


Menteri Pelancongan: Elizabeth Wong (PKR)


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Tian Chua (PKR)


Menteri Kerja Raya: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas)


Menteri Kesihatan: Dr Lee Boon Chye (PKR)


Menteri Belia dan Sukan: Yusmadi Yusoff (PKR)


Menteri Sumber Manusia: Gobind Singh Deo (DAP)


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: S Kulasegaran (DAP)


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Anthony Loke (DAP)


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Zuraida Kamarudin (PKR)


Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Nasution (PKR)


Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar: Nurul Izzah Anwar (PKR)


Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Teresa Kok (DAP)



Senarai diatas ini dikeluarkan oleh Shuhaimi Adun Batu Tiga dalam mesyuarat biro politik PKR baru - baru ini tanpa persetujuan DAP dan PAS. Mereka menganggap kononnya PKR akan menang besar di semua kerusi yang dipertandingkan, manakala parti - parti lain hanyalah pelengkap sahaja.(sumber dalaman PKR)

TQ :  http://www.papagomo.com/

Wednesday, 3 October 2012

Sah Ke Solat 2 Imam???

HIMPUNAN "Rabak" !! SOLAT DUA IMAM D MASJID PUTRAJAYA !! PUOK TAIK NI BELAJA MANA ?!! FOTO !!



woOOO !! ingatkan depa pandai hahaha...sapa tok guru mereka ni ? baru masuk pondok semalam dah boleh buat apa saja ke derr...gilOOO !!

Takkan tak tahu bila kita sampai d masjid ada jemaah sedang solat fardu maka kita masuk je la join depa..habis solat kita jamaklaa..so simple..kenapa? imam masjid ni tak sah jadi imam ke?

Nabi saw sendiri larang solat dua jemaah dalam satu-satu masa..ini rumah Allah..bukan markaz mung boleh buat sesuka hati...

Nak mengadap Allah swt ni derr bukan nak ngadap pengundi..hai kalu ikut hati..aakj ludah dah ni..tapi ingat depa ni semalam atau minggu lepas baru masuk pondok..takpelah..cuma aakj nasihat bertaubatlah..mung carilah hadis kata boleh..takkan semua aakj nak suap d sini...

Haji hadi tanggung dosa ni...puihhHH !! ludah haji hadi..sorry..emo hahahaha




Rujukan aakj dapat dari Ulama Muda ILMU, Al Fadhil Ustaz Fathul Bari ;

Sepakat ke-empat-empat Mazhab adalah HARAM !! kecuali wujud dalam sebahagian ulama Mazhab Hanafi yang menyatakan MAKRUH.

Berdalilkan firman Allah swt ; surah At Taubah 107 ;

Masjid "Dhirar" yang d maksudkan adalah menjadikan masjid tempat untuk perpecahan

-lihat tafsir Al Qurthubi (8/257)

-Bahkan Imam Malik berkata :

"tidak boleh didirikan dua jemaah dalam satu masjid dengan dua imam"
(rujuk tafsir Al Quthubi)

Fatwa ini dipetik dari soalan yang d ajukan pada Syeikh 'Athiyyah Saqr pada Mei 1997.

Aakj; jazakallah Ustaz...hebat ulama muda ni...aakj ingat nak bertalaqi dengan beliau...semoga Al Fadil Ustaz terima aakj dehh...
 
TQ :  http://azmykelanajaya.blogspot.com/

Menuntut Hak Rakyat Atau Hak Poket Sendiri???


Pagi ini, konvoi R untuk Royalti akan mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Istana Keadilan (Palace of Justice), Putrajaya untuk memberi sokongan kepada plaintif, NGO Royalti Kelantan yang menuntut royalti petroleum Kelantan daripada kerajaan Malaysia.

Selepas habis balak ditebang, projek depu menjadi debu, derma lebuh raya rakyat tiada berkhabar, ladang rakyat menjadi padang lalang, kini royalti petroleum menjadi talian hayat terakhir untuk PAS Kelantan membangunkan negeri.

Yang datang berkumpul tidaklah ramai sangat pun, hanya lebih kurang 200 orang yang hadir untuk meriahkan majlis yang diketuai MB dan orang orangnya. Sedih melihat rakyat Kelantan dipermainkan dan diperbodohkan untuk tujuan kesenangan pihak atasan.

Adakah DEMO ini bertujuan untuk menuntut hak rakyat??? Atau rakyat hanya dipergunakan untuk tuntutan ini??? Rakyat Kelantan perlu sedar bahawa Kerajaan Pusat telah merancang pelbagai sumbangan dan bantuan kepada kita semua.

Untuk rakyat Kelantan, celiklah mata dan bukalah minda anda supaya nampak kebaikan dan keperihatinan Kerajaan Pusat untuk kita. Rakyat Kelantan tidak penah di anaktirikan oleh Kerajaan Pusat malah ditatang berbanding Keraaan Negeri yang hanya menabur janji palsu da terus berbohong pada rakyat.

Renung Renungkanlah...

Pakatan Pembangkang Kantoi Lagi

 

Tidak lama dahulu blog-blog pro-kerajaan ada mendedahkan strategi pilihanraya Pakatan Rakyat yang dibocorkan oleh sumber dalaman parti tersebut.
Jika ada pembaca yang masih ingat, antara strategi utama PR menjelang pilihanraya ialah menyerang Datin Seri Rosmah Mansor dengan menggambarkan beliau sebagai boros, sombong dan buruk tingkahlaku.

Nampaknya, walaupun strategi tersebut telah pun bocor, PR tetap menggunapakainya kerana ketandusan isu yang ‘valid’ untuk menyerang kerajaan.
Maka, Rosmah pun dijadikan isu utama oleh media-media pembangkang walaupun sebenarnya tiada isu.

Baru-baru ini akhbar Suara Keadilan sekali lagi mengitar semula pembohongan kononnya Datin Seri Rosmah membeli-belah lagi dengan menggunakan wang rakyat.
Tidak serik apabila terkantoi dengan tuduhan cincin RM24 juta yang sebenarnya dibawa ke Malaysia untuk pameran, kini PR menurunkan pula harga penipuan kepada RM2.5 juta bagi sebuah jam tangan Rosmah dan RM500,000 bagi sepasang subang beliau, seperti yang tertera dengan tulisan besar di muka belakang Suara Keadilan.

Yang peliknya, di muka 31 akhbar tersebut faktanya terbalik pula di mana ia menyebut,  “Rosmah dilapor memakai subang bernilai RM2.5 juta dan jam tangannya dianggar bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000.”

Lebih pelik lagi apabila di dalam media alternatif PR, hanya jam tangan yang dipertikai iaitu berharga RM350,000 dan kisah mengenai subang tidak pula digembar-gemburkan.


Kecelaruan fakta ini saja sudah cukup menunjukkan bahawa kisah ini sengaja diada-adakan mengikut ‘sedap rasa’ si penulis.

Entah kenapa kisah mengenai subang kurang dimainkan berbanding jam.  Mungkinkah kerana menyedari bahawa kisah mengenai subang akan menyebabkan mereka terkantoi lagi sekali...?

Jika takut kisah subang terkantoi kerana ia tidak benar, maka kisah mengenai jam juga sama kerana Datin Seri Rosmah tidak pernah berbelanja sedemikian besar hanya untuk sebuah jam.  Tetapi beliau ada mengakui ada menerima hadiah jam tangan mewah dari pihak tertentu dalam salah satu lawatan beliau ke luar negara, sepertimana kelaziman seorang VIP.

Ini tidak seharusnya menjadi isu kerana seorang bekas banduan seperti Anwar Ibrahim juga pernah mengakui menerima hadiah jam tangan Omega dari pihak tertentu.

Desakan PR agar Rosmah mengisytihar harta amatlah melucukan kerana pemimpin PR sendiri enggan mengisytihar harta walaupun diselubungi persoalan dari rakyat tentang dari mana datangnya kereta Ferrari Azmin Ali atau wang untuk Anwar dan keluarga keluar negara beribu-ribu kali setahun?

Jika setiap perbelanjaan isteri PM ini dikatakan ditanggung oleh kerajaan atau rakyat maka bagaimana pula dengan perbelanjaan pemimpin PR tersebut....?  Apakah mereka selama ini bermewah atas wang kerajaan atau rakyat Selangor...?  Atau wang Soros...?  atau wang Yahudi...?

Tidak seperti perbelanjaan rasmi Datin Seri Rosmah yang terikat kepada peraturan dan kelulusan kabinet,  perbelanjaan pemimpin PR tidak terikat kepada apa-apa peraturan atau kelulusan.   Oleh itu, adalah mustahil bagi Datin Seri Rosmah untuk ‘mencekau’ wang kerajaan atau wang rakyat untuk perbelanjaan peribadi, tetapi sebaliknya pemimpin PR tidak mustahil berbuat demikian. 

Malah, PR juga tidak pernah menyembunyikannya dan langsung tidak merasa bersalah menggunakan wang rakyat Selangor untuk membayar kos guaman pemimpin mereka yang bersifat peribadi.  Untuk ini, kita tidak pasti apa yang tertulis di dalam laporan audit kerajaan Selangor bagi kos guaman peribadi tersebut, tetapi yang pastinya ia telah diumumkan sendiri oleh Menteri Besar.  
Dengan itu, tidak usahlah PR terus cuba memburuk-burukkan Rosmah dengan cuba menyamakan beliau dengan Imelda Marcos atau mana-mana isteri Ketua Negara yang boros.  Sesungguhnya, BN mengurustadbir kewangan negara dengan professional dan tiada sesiapa dari mana-mana pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri dan isteri yang boleh menggunapakai wang negara sesuka hati.

BN tidak pernah mengurustadbir negara cara PR iaitu mencampuradukkan peribadi, politik dan kerajaan negeri.  Buktinya, ekonomi negara berada dalam keadaan kukuh dan berkembang dengan selesa.  Tidak mungkin rekod ekonomi negara ini begitu baik jika benar kewangan negara tidak diurus dengan baik.

Justeru, strategi memburukkan Datin Seri Rosmah sebagai boros dan menghabiskan wang rakyat adalah strategi bodoh. Strategi ini hanya menyerlahkan betapa BN telah berkhidmat dengan cemerlang sehinggakan PR ketandusan isu untuk menyerang dan terpaksa merekacipta isu yang tidak signifikan bagi menghadapi Pilihanraya.
-http://medan-info-kita.blogspot.com/
 

Tuesday, 2 October 2012

Bajet Pembangkang : Janji Palsu Ditaburi...


Janji janji palsu yang ditaburkan dulu belum tertunai, janji palsu baru disemai lagi. Bayangkan tahun lepas, angan angan Anwar dalam bajet nya menyatakan, Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada yang layak berdasarkan pendapatan kurang daripada RM18,000 setahun selain setiap suri rumah juga akan mendapat bayaran RM1,000 atas alasan kurang beban keluarga dan galakkan mereka menabung dalam KWSP.

Dan juga sebagaimana kandungan dalam Buku Jingga pembangkang yang menetapkan warga pendidik mendapat elaun RM500 sebulan turut disebut selain turut berjanji akan memotong belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengembalikan peruntukan itu kepada kementerian berkaitan. 

Angan angan Pembangkang memang tinggi,
Anwar juga turut berjanji dalam bajetnhya adalah memberikan bonus kepada warga emas RM1,000 setahun kepada yang layak berdasarkan pendapatan kurang RM18,000 setahun.
Dan dia juga menabur janji palsu dalam bajetnya Suri rumah juga akan dapat bayaran RM1,000 dalam tahun 2012 bagi yang layak atas alasan kurangkan beban keluarga dan galak suri rumah menabung dalam KWSP.
Adakah itu semua dilaksanakan?belum lagi, sekarang mula buat bajet baru pulak.
Yang tahun sudah pun belum tertunai lagi. 


Walaupun dilabel gagal menjalankan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, namun Anwar tetap mahu membuktikan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun masih bersinar dan menyengat.Hakikatnya senario kewangan dunia dan ekonomi global sudah jauh berubah meninggalkan Anwar yang masih terkongkong dalam kepompong pemikiran pengurusan ekonomi yang lapuk dan usang.

Anwar juga seperti mengitar semula idea idea bajet PM, contohnya ialah penubuhan Lembaga Perumahan Nasional bertujuan membina rumah mampu milik untuk masyarakat bandar iaitu sesuatu yang sedang dijalankan kerajaan melalui Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Monday, 1 October 2012

Old Town Tidak Halal Bagi Orang ISLAM???

Rasa loya tekak bila teringat cerita OLD TOWN WHITE COFFEE KOPITIAM di saman kerana pelanggan terjumpa kaki katak yang telah dipotong didalam pinggan mee yang dipesannya. Kes itu pernah mendapat liputan meluas dahulu sehingga pengacara tv 999, Mazidul Akmal Sidek mendedahkan dalam blog beliau. Tapi itulah, yang ada sijil halal hanyalah pada kopinya sahaja bukan pada makanan yang lain. Maka tidak hairanlah jika tukang masak tidak diberitahu apa yang sepatutnya menjadi larangan jika bekerja sebagai tukang masak di Malaysia.
 
 
Itu baru kaki katak yang dijumpai belum lagi dengar dari mulut bekas pekerja premis coffee house ini. Diberitakan yang memasak makanan di Old Town White Coffee Kopitam bukanlah beragama Islam dan kebersihan juga meragukan.

Pernah katanya beliau melihat warga asing ini yang bertugas sebagai tukang masak menggunakan kuali yang sama untuk memasak makan kegemaran mereka iaitu 'fried pork' atau lebih sopan dipanggil BABI GORENG!
 
 

Sebagai pengguna muslim, kita seharusnya lebih berhati-hati dalam memilih tempat menjamu selera. Contohnya, Old Town White Coffee Kopitiam hanya mempunyai sijil halal untuk minuman sahaja. Pengguna pengguna muslim seharusnya memilih tempat yang lebih sesuai iaitu restoran restoran yang mempunyai sijil halal untuk semua minuman dan makanan yang disajikan.

Apakah HALAL sesuatu makanan itu jika bukan babi yang dihidangkan. Tetapi bagaimanakah jika terdapat isi kandungannya diragui status halal iaitu diperbuat daripada unsur babi itu sendiri. Sebagai contoh, jika Nasi Lemak serta menu lain boleh disahkan status HALALnya, bagaimanakah dengan pinggan mangkuknya yang telah dibasuh sekali dengan pinggan mangkuk yang menghidangkan menu HARAM ini tidakkah jatuh hukumnya HARAM jua. 

Berhati-hatilah sebelum memilih kedai makan. Kaji dan selidik dulu siapa empunya restoran dan siapa tukang masaknya. Beringat sebelum kena.

Renung Renungkanlah...

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan