Monday 18 February 2013

Bo Lah Weiii Pakoh PAS...15K Anok Anok Kelate Berhimpun Bersama Tok Pa & PM



17 Febuari 2013 umpama "Family Day" bagi anak anak Kelantan di perantauan kerana mereka berhimpunan & di raikan bersama PM Najib Razak & pemimpin Kelantan yang mereka kasihi, Tok Pa.
Himpunan itu dihadiri lebih 15 ribu orang anak anak Kelantan yang berada di sekitar Kuala Lumpur & Selangor. 


Meraka di rai dengan penuh meriah oleh Tok Pa ( Dato Seri Mustapa Mohamed ) dan di serikan lagi dengan kehadiran PM & isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Himpunan yang dijangka bermula 12 tengahari itu menjadi lebih meriah bila seawal jam 10 pagi, kawasan sekitar stadium sudah mula di datangi anak anak Kelantan yang penuh semangat menanti kehadiran PM & Tok Pa.


Sambutan himpunan adalah diluar jangkaan, kehadiran sehingga lebih 15 ribu orang anak anak Kelantan adalah menjadi satu petanda yang baik bahawa rakyat kini memilih BN untuk memimpin Kelantan menjelang PRU 13 nanti. In Shaa Allah, Kelantan bakal di terajui Kerajaan BN.
Walaupun merek bertugas di luar Kelantan, mereka lebih yakin bahawa nasib kaum keluarga & mereka lebih terbela jika di bawah tampok pimpinan Kerajaan Barisan Nasional.


Jelas sekarang, rakyat lebih mahukan kerajaan yang boleh menjaga mereka dengan baik untuk PRU yang akan datang. Sudah 23 tahun rakyat Kelantan menanti & terus menanti Kerajaan yang sedia ada di negeri itu menunaikan janji & membawa mereka maju kedepan.
Rakyat Kelantan kini sudah sedar dari lena yang panjang & di buai oleh janji kosong kerajaan negeri yang hanya tahu berjanji, namun tidak tahu untuk menepatinya. 


Umpama mimpi ngeri dalam lena yang panjang, rakyat Kelantan di tipu & terus diperdaya oleh segala janji manis oleh pihak Pas yang sebelum mengambil alih tampok kepimpinan Kelantan suatu masa dahulu. Cukuplah mimpi ngeri itu menjadi igauan rakyat Kelantan, sekarang ayuh rakyat Kelantan, kita bangun & maju setapak kehadapan berjuang untuk tanah air, nusa & bangsa. Ini semua adalah untuk masa depan kita & generasi akan datang yang bakal menjadi pelapis generasi sekarang.


Slogan Tukar!!! dan Bo Lah Weiii turut menjadi laungan dari PM & Tok Pa. Tukar!!! telah menjadi slogan kepada perubah yang di inginkan oleh rakyat Kelantan sejak lebih setahun lalu. Manakala Bo Lah Weiii bermaksud sudah cukup lah rakyat Kelantan menderita & di tipu kerajaan Negeri.


Sedarlah wahai kaum kerabatku...Bangkitlah untuk berubah demi anak anak di masa hadapan...
Renung Renungkanlah...



0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan