Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini, pengurusan
itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam Internet,
yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak
benar.
"Scooter Braun Projects ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah
diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan artis itu
di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini," menurut kenyataan itu.
Pengurusan itu turut menafikan dakwaan di beberapa blog kononnya
kerajaan Malaysia menaja persembahan artis itu pada Rumah Terbuka Tahun
Baharu Cina 1Malaysia di Pulau Pinang, Isnin lepas.
Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan
bahawa persembahan Psy di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia itu
tidak melibatkan wang rakyat.
Beliau juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk
menonton persembahan artis yang turut mempopularkan gaya tarian lagunya
itu.
Persembahan Psy ialah kemuncak majlis yang dihadiri ribuan orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang, di Han Chiang College.
SUMBER : KLPos
0 comments: