Thursday, 14 February 2013

PKNS : Apa Yang Khalid Buat???



Datum Jelatek adalah antara projek mega Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang telah dirancang sejak tahun 2010.
Pembangunan itu akan melibatkan kawasan tapak flat kos rendah seluas 2.4 hektar milik PKNS.
Dalam satu sidang akhbar yang diadakan pada 9 Februari 2010 , Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi PKNS pada ketika itu berkata pembangunan itu akan tetap menempatkan semula penghuni asal flat di samping para pembeli baru untuk mendiami apartment mewah.
Dalam sidang akhbar itu juga, Khalid berkata 90% daripada 650 penghuni di empat blok flat yang akan dirobohkan bersetuju untuk projek itu dilaksanakan.
Walau bagaimanapun jumlah pampasan yang akan diberikan hanya akan diumumkan pada Mac 2010. (Rujukan Arkib Utusan )


Pada 4 October 2012, Datum Jelatek telah dilancarkan di Marina Bay Sands, Singapura dan dibuka untuk pembelian. Rujukan dari laman web untuk jualan unit-unit di Datum Jelatek menunjukkan unit termurah yang ditawarkan untuk Bumiputera berharga SGD 301,924 iaitu lebih kurang RM 754,810 dengan mengambilkiran kadar tukaran wang pada RM 2.5 untuk SGD 1.
Manakala harga paling tinggi ialah SGD 3,739,611 iaitu lebih kurang RM 9,349,027 . Pelancaran Datum Jelatek yang dibuat di Singapura dilihat seperti usaha untuk menarik pembeli-pembeli dari negara jiran itu.
Memandangkan jumlah harga yang terlalu tinggi ini, pembelian unit-unit Datum Jelatek dijangka tidak mendapat sambutan dari rakyat tempatan. Jelas pembangunan yang dibuat adalah untuk menjadikan kawasan Jelatek sebuah kawasan yang elit di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Pembinaan Datum Jelatek juga dijangka akan menggalakkan pembangunan-pembangunan lain di kawasan sekitarnya iaitu di kawasan penempatan majoriti kaum Melayu.
Sekiranya dilihat dari sudut demografi politik, pembangunan kawasan elit ini dijangka akan merubah peratusan pengundi berbangsa Melayu yang sebelum ini mendominasi jumlah pengundi keseluruhaan bagi Parlimen Setiawangsa. Dari keputusan pilihanraya 2008, untuk Parlimen Setiawangsa (P118), jumlah pengundi mengikut peratusan kaum adalah 56.44% bagi kaum Melayu, 33.23% kaum Cina dan 19.13% kaum India.
Penduduk-penduduk dari kaum Melayu yang mendapat pampasan dari pembangunan ini akan berpindah ke kawasan kediaman yang lain seterusnya memberi kesan dalam komposisi seperti yang dinyatakan diatas. Mungkin apabila projek ini siap sepenuhnya kelak komposisi kaum yang mendominasi jumlah pengundi keseluruhan akan berubah.
Sebelum ini, beberapa penduduk flat yang enggan berpindah mempersoalkan penerimaan wang pampasan yang ditawarkan oleh PKNS. Penduduk mendakwa, PKNS pada tahun 2009 telah bersetuju untuk memberi pampasan berjumlah RM250,000 hingga RM300,000 bergantung kepada saiz rumah, manakala antara RM400,000 hingga RM500,000 bagi rumah kedai.
 
alt

Pada 14 November 2011, satu sidang akhbar telah dibuat oleh penduduk mendakwa PKNS mengurangkan jumlah pampasan pada nilai yang lebih rendah iaitu hanya sebanyak RM 130,000 .
PKNS juga dikatakan telah menekan penduduk dengan menghentikan kerja-kerja penyelenggaraan dan menggunakan undang-undang kerajaan negeri untuk merampas tanah yang diduduki. Tindakan PKNS dilihat seperti 'menghukum' penduduk dek sikap mereka yang enggan berpindah sebelum itu.
Baru-baru ini, dalam satu majlis di Kuala Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa penduduk Melayu yang menjual unit kediaman mereka untuk projek pembangunan bercampur Datum Jelatek memperoleh keuntungan besar apabila dibayar sebanyak RM 300,000 oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sekaligus menafikan dakwaan bahawa penduduk Melayu telah dipinggirkan di kawasan itu.
Khalid mendakwa pemilik unit kediaman kos rendah di kawasan itu mendapat keuntungan kira-kira RM 280,000 kerana harga asal bangunan berkenaan adalah dalam sekitar RM20,000 sahaja. Khalid berkata keuntungan yang diperoleh itu membolehkan pemilik membeli kediaman yang lebih selesa berbanding kawasan kediaman sedia ada.
Penjelasan Khalid secara kasar dilihat ada kebenarannya kerana menguntungkan pemilik unit kediaman kos rendah di kawasan itu.
 
alt

Walau bagaimanapun, beberapa persoalan timbul sekiranya dilihat semula kronologi pembinaan projek Datum Jelatek iaitu janji Khalid dalam memberikan unit kediaman kepada penduduk flet dan kemampuan rakyat tempatan untuk membeli unit-unit kediaman di Datum Jelatek.
Projek ini dilihat tidak memberikan keuntungan kepada rakyat tempatan, dan untuk tempoh beberapa tahun akan datang bakal menjadi kawasan penempatan elit yang bakal didominasi oleh warga-warga asing.
PKNS kini dilihat lebih cenderung menjadi elemen perniagaan dalam kerajaan negeri Selangor, sama seperti PDC di Pulau Pinang disebalik matlamat asal penubuhannya iaitu menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat miskin.


SUMBER : KLPos

0 comments:

Post a Comment

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM
Powered by Blogger.

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL

© 2011 Gewe Kelate, AllRightsReserved | Designed by ScreenWritersArena

Distributed by: free blogger templates 3d free download blog templates xml | lifehacker best vpn best vpn hong kong