Wednesday 13 February 2013

PRU 13 : Johor Beri Tumpuan 5 Kerusi



Ketua Biro Publisiti dan Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan mengesahkan lima kerusi Parlimen di Johor Bahru akan diberikan tumpuan utama oleh Barisan Nasional (BN) pada  Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menurut Ahmad, lima kerusi Parlimen iaitu Kluang, Segamat, Gelang Patah, Kulai dan Bakri akan diberi tumpuan bagi mencapai sasaran kemenangan 100 peratus di 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
“Semua sedia maklum tentang kerusi tumpuan yang kita perlu perkukuhkan,  perkemas dan mantapkan, ia tidak bermakna kerusi kita kalah tetapi kita mahu kerusi di situ  perlu diberi penekanan dalam semua segi bagi mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) 100 peratus kemenangan.
“Ini tidak bermakna 21 kerusi lain kita akan berasa selesa dan goyang kaki, kita telah diarahkan untuk mantapkan jentera di semua peringkat,” katanya selepas mesyuarat tertutup Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Perhubungan BN dan Umno Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada), Johor Bahru semalam.
Tambah Ahmad yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan Umno,  lima kawasan tersebut dipilih atas pelbagai sebab khususnya menawan Parlimen Bakri milik DAP selepas kekalahan pada PRU12.
“Bila kita hendak menang kita tidak mahu ada kawasan Parlimen yang kalah di kerusi Dun, antara sebab lain diberi fokus kerana komposisi pengundi, selepas pembentangan itu kita yakin BN akan mengekalkan kerusi sedia ada dan merampas kembali satu kerusi Parlimen dan enam kerusi Dun.
“Namun ditegaskan dalam perjumpaan ini Presiden (Najib) nyatakan amanat dan siapsiagaan jentera PRU,  tidak ditimbulkan mengenai kerusi dan calon,” katanya.
SUMBER : KLPos

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan