Sunday, 10 February 2013

PRU 13 : Masih Layakkah Pas Di Terima Lagi Di Kelantan???


Gong Xi Faa Chai pada yang menyambut Tahun Baru Cina hari ini.
Kita beruntung berada di bumi Malaysia yang aman damai & haormoni, masing masing menghormati & memeriahkan perayaan masing masing dalam pelbagai kaum & fahaman agama.
Walaupun berdentam dentum kedengaran dari malam tadi, itu bukanlah BOM seperti di sesetengah negara yang dilanda peperangan. Kita patut bersyukur kerana negara kita tidak di landa krisis seperti yang di alami Palestin contohnya.


Di bawah pimpinan Kerajaan BN, kita sangat bertuah kerana kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak sangat bijak memimpin & melaksanakan tanggungjawab untuk rakyat.
Jika dilihat kepada pembangkang yang menjaga 4 buah negeri dibawah pemerintahan mereka huru hara & hasutan membenci Kerajaan amat ketara. Memerintah negeri sudah nampak tidak mampu, bagaimana pula hendak di perintahkan sebuah negara?


Contohnya di negeri kelahiran penulis sendiri, negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu negeri Kelantan, Pas sebagai pemerintah negeri tidak dapat melaksanakan segala janji yang di taburi kepada rakyat. Yang menderita ialah rakyat, sedangkan Kerajaan Negeri hanya sibuk dengan angan angan mereka untuk ke Putrajaya yang kononnya dulu mahu di jual. Tetapi sekarang, mereka sendiri yang mahu berada di sana. Dari situ kita sudah dapat melihat bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak tetap dengan pendirian mereka, itu hanya 1 contoh yang penulis berikan. Masih banyak perlakuan Pas yang akhir akhir ini sudah tersasar jauh dari perjuangan mereka sebelum ini yang kononnya juga berlandaskan Islam agama yang suci.


Di mana perjuangan Pas yang dulu memperjuangkan Islam? Dimana perjungan Pas dulu yang memperjuangan nasib kita yang dikatakan bahawa akan dipertahankan dibawah kepimpinan Islam? Ke manakah Pas yang dulu katanya inginkan Negara Kebajikan?
Semua itu tinggal janji & angan angan kosong kerana Pas sekarang hanya mementingkan persahabatan mereka dengan DAP & PKR yang mereka juga bersekongkol untuk menjatuhkan Kerajaan BN. Apa nasib rakyat jika bukan BN lagi yang memerintah Malaysia? Adakah Pas mampu mempertahankan nasib Melayu & Islam? Mungkin tidak kerana sekarang ini pun sudah jelas, Pas di bawah telunjuk mereka.


Masihkah rakyat mahu memilih kerajaan seperti itu untuk memerintah negeri Kelantan? 
Sepatutnya rakyat perlu sedar dari sekarang sebelum terlambat, kerana jika kita membuat pilihan yang salah lagi pada PRU yang hampir tiba ini, yang menanggung akibatnya ialah rakyat sendiri juga.
Sudah 23 tahun kita di bawah pemerintahan Pas yang tidak memberikan apa apa kebaikan kepada rakyat malah hanya mementingkan kepentingan & kedudukan mereka sahaja.


Kita perlu fikirkan nasib sendiri & generasi yang akan datang di Kelantan mahupun Malaysia jika kita terus memilih Kerajaan yang "SALAH" ini. Apa nasib kita & mereka kelak?
Masihkah kita mempunyai tempat di tanah air sendiri jika kita memilih Pas di Kelantan & PR untuk "Menjaga" kita di bumi bertuah ini?


Wahai Anak Anak Kelantan, Wahai Kaum Kerabat Yang Dikasihi..

Renung Renungkanlah...

1 comments:

Papagege Frenz said...

Rakyat kelantan sudah sedar mereka bayar gaji MB kpd org yg silap. Tugas MB bukannya berceramah merata Malaysia tp tugas MB ialah memakmurkan bumi bertuah ini.

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan