Wednesday 13 February 2013

Badrul Amin Cerai Isteri Kedua???



Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Dr Badrulamin Bahron dilaporkan kini berada di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat berhubung kes penceraian isteri keduanya di sini bermula jam 8:45 pagi tadi.

Menurut sumber, maklumat berkaitan kes ini telah disahkan menerusi beberapa buah blog politik sejak semalam.
Pada Februari tahun lalu, beberapa media melaporkan,  Dr. Badrulamin yang juga memegang jawatan Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor telah ditangkap berkhalwat bersama seorang wanita bukan muhrim oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sebuah hotel di Kuantan.

Akan tetapi, beliau yang menafikan tuduhan tersebut menegaskan pertemuan itu bertujuan bagi menyelesaikan masalah melibatkan keluarga wanita berkenaan.
Walaubagaimanapun, Badrulamin yang keluar ke perkarangan mahkamah sekitar jam 9.35 pagi itu enggan ditemubual lanjut berhubung kes tersebut.
 
Sementara itu, wartawan KLPOS turut dimaklumkan bahawa penolong pendaftar yang mengendalikan sebutan kes penceraian berkenaan tidak hadir kerana masih bercuti.

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan