Friday 8 February 2013

Kaum Wanita Jentera Parti Yang Penting..


 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Pengerusi BN berkata, kaum wanita menjadi jentera parti itu yang sangat penting yang akan turun padang bagi melakukan kerja-kerja 'membirukan' landskap politik tanah air.

 
"Wanita akan menjadi jentera yang akan mempengaruhi rakyat, yang meyakinkan rakyat bahawa kita (BN) telah tepati janji.
 
"Beritahu kepada mereka (rakyat) bahawa kita bukan sahaja tepati janji tetapi beri harapan baru sebab kita ada perancangan cukup baik dan agenda yang begitu tersusun," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Gelombang Biru Jentera Pilihan Raya Wanita BN di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.
 
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, barisan pimpinan tertinggi parti dan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
 
TQ : KLPos

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan