Thursday 14 February 2013

Kerajaan BN Peka Dengan Kesukaran Rakyat...



Sebanyak RM226 juta diperuntukkan kerajaan pusat bagi pembinaan loji air di kawasan itu dalam usaha memajukan daerah serta mengubah nasib penduduk setempat melalui program pembangunan Bandar Baharu Beaufort.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasiona (BN) peka dengan kesukaran dengan kesukaran yang dihadapi rakyat ianya terbukti apabila projek pemasangan paip baru yang menghubungkan Limbawang ke Kayul telah pun 59 peratus siap.
 
"Banyak kemajuan dan pembangunan dicapai di daerah ini sepanjang pentadbiran kerajaan BN.
 
"Kita sudah buat banyak di sini di mana Beaufort sudah ada hospital, kompleks sukan, sekolah vokasional, kolej komuniti dan sebagainya," katanya pada majlis yang di hadiri kira-kira 20 000 orang di sini.
 
Pada majlis yang sama, perdana menteri turut meluluskan pembinaan Kolej Islam Beaufort kerjasama bersama kerajaan pusat dan pembinaan 'middle school' untuk kemudahan masyarakat Cina kawasan itu.
 
Beliau turut menegaskan supaya rakyat tidak terpedaya dengan janji manis pembangkang dan terus menyokong kerajaan BN bagi membawa negara ke tahap yang lebih maju pada masa akan datang.
 
Najib yang juga Menteri Kewangan turut menjelaskan, program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) merupakan usaha berterusan kerajaan BN dalam membantu rakyat dan akan terus diberikan sekiranya BN diberi mandat untuk kekal sebagai pemerintah selepas Pilihan Raya Umum ke - 13.
 
SUMBER : KLPos

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan