Thursday 14 February 2013

Pembangkang Hampir Ketandusan Idea Mempersendakan Pakaian PM???



Pembangkang sudah ketandusan Idea untuk menjatuhkan nama PM Najib razak hinggakan pakaian yang dipakai oleh PM pun mahu dijadikan isu. ( Di Sini ) Pihak DAP Pulau Pinang baru-baru ini telah menurunkan banner dan bunting yang menunjukkan gambar PM memakai baju Tangzhuang sempenan sambutan Gong Xi Fa Chai atau Tahun Baru Cina. Malah pihak PR mendakwa baju yang dipakai oleh PM adalah sebenarnya baju yang dipakai oleh kaum Cina semasa upacara kematian sahaja. Pihak blogger pro PR juga memainkan isu ini dengan mendakwa PM tidak sensitif dengan budaya kaum Cina apabila memakai baju Cina mati ini.
Jika kita lihat di bawah ini, (Di Sini ) Tangzhuang telah dipakai oleh para ketua negara semasa Persidangan APEC di Shanghai, China pada tahun 2001. Antara pemimpin dunia tersebut termasuklah Presiden China, Jiang Zemin; Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Presiden Amerika Syarikat,  George W. Bush; Presiden Rusia, Vladimir Putin; Presiden Jepun, Junichiro koizumi, dan Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri. Adakah mereka ini semua tidak tahu adat budaya masyarakat Cina dengan memakai baju Cina mati seperti mana yang dimaksudkan oleh PR. Atau PR sebenarnya yang tidak tahu adat budaya masyarakat Cina?




TQ : PAPA GOMO

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan